Selasa, September 23, 2014

Arakian tersebut lah kisah disebuah daerah yang jauh dinamakan Kajang. Disini bermulanya segala lakonan wayang kulit Pak Jogho untuk menipu seluruh rakyat jelata.

Dinobatkan bini untuk jadi calon semata - mata untuk menaikkan bini dia menjadi Menteri Besar. Maka habis la satu kampung dijajanya fitnah dan mengadu domba.

Fitnah jahat dibuat terhadap Si Mantan Pemerintah bernama Khalid Ibrahim. Merata Pak Jogho cerita kata Si Khalid Ibrahim tu tak layak jadi Menteri Besar.

Demi meraih simpati dan melindungi perangai hodoh Pak Jogho dari ketahui ramai, Si Isteri pun relakan dirinya sekali lagi menjadi boneka Pak Jogho untuk menipu rakyat.

Maka merata la Si Isteri menjual muka sedih berdoa demi keselamatan Si Suami agar dijauhkan dari malapetaka dek kerana nafsu serakah Si Suaminya sendiri.

Habis menipu rakyat jelata, Pak Jogho upah pulak Sang Durjana mencipta AlKisah Langkah Kajang bagi menggantikan lakonan Seri Mersing. Maka Sang Durjana pun buat la kerja.

Tapi kerja Sang Durjana tidaklah dapat dilaksana dengan sempurna. Habis keluarga sendiri pun dikencingnya juga. Kini terpecah la mereka kepada dua dan tiga. (Klik Sini)

Yang satu sokong Pak Jogho dan keluarga, manakala satu lagi yang menyokong Si Khalid Ibrahim. Berantakanlah daerah Kajang dek kerana kerja Sang Durjana.

Dalam sibuk menjaja fitnah, Pak Jogho berjaya hasut mereka yang ada disekelilingnya menandatangani perjanjian setan bagi menyokong Si Isteri menjadi MB.

Maka muncul la dua ekor beruk terhegeh - hegeh menyokong Pak Jogho dan keluarga demi janji sebuah kehidupan yang lebih mewah sehingga sanggup tinggalkan keluarga sendiri.

Punya sanggup sang beruk terkinja - kinja menyokong Pak Jogho sampai terpaksa tanggung laknat dari keluarganya. Mula la Sang Beruk marah bila digelar 'Barua' Pak Jogho.

Meroyan la Sang Beruk terhadap tuannya sehingga didakwa tuannya menabur fitnah biar pun dia takut nak ambik tindakan. Nasib Si beruk masih belum ditentukan.

Sekarang semua lakonan Pak Jogho sudah pun terserlah. Janji yang ditandatangani semuanya dah dibuang dalam tong sampah. Tapi kisah Sang Beruk masih belum ditentukan. Akhirnya, diorang jugak yang dijadikan mainan!!!
Categories: , ,

6 ulasan:

  1. bukan berok lah mereka ni BER...........UANG

    BalasPadam
  2. Lancau punya srmut hitam

    BalasPadam
  3. Penglipurlara yg baik.

    BalasPadam
  4. KAh kah kah kah...memang muka dan perangai macam beruk pun.

    BalasPadam
  5. Marah sangat peminat (anon 7.25)pak jogho.

    BalasPadam
  6. Berok n Ber...............uang udah masyukkkk.

















    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping