Huh!!! PKR jangan bangga sangat dengan kejayaan mereka memecah belahkan PAS kepada dua puak. Diorang kena sedar, parti diorang sendiri pun tengah huru hara.
Jika sebelum ini, diorang cukup suka bila berjaya membahagikan PAS kepada dua kumpulan. Satu kumpulan Ulama dan satu lagi kumpulan Pro Liberalis.
Yang puak - puak Pro Liberalis ni kebanyakkannya datang dari geng - geng Profesional. Ada juga dari kalangan diorang tu yang sengaja di'tanam' oleh Si Ketua Penipu tu.
Tujuan dan matlamatnya adalah untuk membuatkan perpaduan dikalangan pemimpin - pemimpin PAS berpuak - puak demi kepentingan Politik dia sendiri.
Mungkin Si Ketua Penipu tu ingat, dengan cara itu dia dapat mengawal PAS secara keseluruhan dan mudah untuk mempergunakan mereka apabila diperlukan.
Tapi, Si Ketua Penipu tu dan puak - puak Parti Khianati Rakyat sendiri lupa. Dengan wujudnya kemelut kepimpinan di Selangor, parti itu sendiri dah berpecah tiga.
Semuanya dek kerana kedegilan Si Ketua Penipu tu yang tetap mahu mencalonkan isteri dia sendiri untuk menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.
Maka sekarang, dalam PKR sudah wujud tiga kumpulan yang cukup besar dan bertentangan pendapat diantara satu dengan yang lain. Perkara itu berlaku tanpa mereka sedar.
Satu puak menyokong pencalonan Si Wan Azizah sebagai Menteri Besar yang tetap akur dan taat kepada ketetapan yang telah dibuat oleh parti. Diorang ni tak de pendirian.
Satu puak lagi menyokong Si Azmin Ali untuk menjadi ganti kepada Si Khalid Ibrahim tu dengan harapan akan diberi ganjaran diatas sokongan yang diberikan dimasa akan datang.
Puak yang ketiga pulak sudah tentu mereka yang masih kekal menyokong Si Khalid Ibrahim tu biarpun dia sudah dipecat keahlian. Pengaruh Si Khalid Ibrahim tu masih wujud.
Jadi, usah la PKR nak tunjuk yang dia 'Abang Besar' dalam Pakatan sekiranya kemelut didalam parti mereka sendiri pun diorang tak mampu nak selesaikan.
Perpecahan didalam PKR ini membuktikan bahawa pemimpin utama parti tersebut memang TAK LAYAK jadi pemimpin!!! Maka, usah la diorang bermimpi nak jadi Menteri Besar, apatah lagi Perdana Menteri suatu hari nanti. Alamat jahanam Negara dibuatnya!!!
Kaya jadi broker,mut u nak kerja dengan tak
BalasPadamdua-dua puak memang bodoh, siapa pun mb selangor yang tetap untung adalah dap.. melayu tetap jadi kuli jugak.
BalasPadam