Hanya itu sahaja yang boleh disimpulkan dari apa yang cuba dinyatakan oleh Si Wan Azizah tu dalam surat terbuka yang dia tulis dan disebarkan dalam laman media sosial semalam.
Hakikatnya, puak - puak PKR ni tetap tidak menghormati sistem Raja - Raja Melayu dan kuasa mutlak Sultan untuk melantik Menteri Besar yang dirasakan sesuai.
Malah ianya disebut secara terang - terangan didalam surat yang ditulis oleh Si Wan Azizah tu dan ianya memang tidak perlu dinafikan lagi. Kata Si Wan Azizah tu;
"Saya yakin bahawa KEADILAN telah kekal mempertahankan prinsip demokrasi raja berpelembagaan. Walaupun proses perlantikan ini pada hemat saya tidak menepati peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor, saya percaya tumpuan perlu dikembalikan kepada usaha membela rakyat di Selangor."
Nah!!! Tidakkah itu membuktikan bahawa Si Wan Azizah tu secara terbuka tidak rela menerima perlantikan Si Azmin Ali tu sebagai Menteri Besar?
Malah apa yang cuba disampaikan oleh Si Wan Azizah itu juga merupakan satu penghinaan terhadap institusi Raja - Raja Melayu yang mempunyai kuasa mutlak melantik Menteri Besar.
Hakikatnya, memang nampak sangat Si Wan Omega tu terasa terkilan apabila nama dia tak dipilih menjadi pengganti Si Khalid Ibrahim untuk menerajui Negeri Selangor.
Seterusnya membuktikan bahawa dia memang TAK LAYAK nak jadi pemimpin. Baik suruh dia duduk rumah dan jaga cucu lagi bagus. Nak uruskan parti sendiri pun huru hara, jangan berangan nak uruskan pentadbiran Negeri. Kelak jahanam la jawabnya!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.