Jika sebelum ini, PAS berbangga dengan kerjasama politik yang dinamakan 'tahaluf siyasi' bersama dua parti sekutunya untuk melebarkan 'jajahan' pada PRU13 lepas.
Namun hubungan itu kini dilihat terjejas selepas PKR melancarkan 'Langkah Kajang' secara sulit tanpa pengetahuan PAS terlebih dahlu.
Ramai yang percaya bahawa Pas hari ini sebenarnya 'makan hati' apabila terpaksa tunduk dengan tuntutan rakan sekutunya seperti menggugurkan agenda perjuangan utamanya iaitu 'Negara Islam' kepada 'Negara Berkebajikan' demi meraih sokongan rakyat.
Dalam isu hudud, yang menjadi perjuangan Pas selama ini, ia sering kali ditentang oleh DAP dan PKR sehingga menimbulkan polemik di kalangan umum.
Persoalannya sekarang, Adakah 'Langkah Kajang' punca utama kepada keretakan serius hubungan PAS, PKR dan DAP?
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berpandangan dalam soal 'Langkah Kajang', Pas sedikit pun tidak dihormati oleh DAP dan PKR.
"Sebab itu Pas sekarang menyuarakan ketidakpuasan hati mereka kerana mereka tertanya-tanya di mana kedudukan mereka dalam Pakatan Rakyat jika benar parti itu dianggap sebagai 'abang sulung'?," katanya kepada Bernama.
Yang jelas, PAS ketika ini hanya TERPAKSA 'menelan' episod duka itu dan membiarkan diri mereka diheret bersama dalam kemelut kepimpinan di Selangor.
Apa yang pasti, tindakan membelakangkan PAS dalam perencanaan agenda Langkah Kajang itu memang merupakan satu Penghinaan terbesar bagi PAS.
Malah ianya boleh dianggap sebagai satu Pengkhianatan yang tak boleh dilupakan. Dan orang yang bertanggungjawab sudah pastinya Si Rafizi Ramli tu sendiri.
Dia yang merancang dan merencanakan agenda Langkah Kajang tu dek kerana terdorong oleh nafsu ghairah dia untuk mengambil hati Si Ketua Penipu tu.
Setidak - tidaknya, agenda 'Langkah Kajang' itu yang menjadi pemangkin dalam keretakan hubungan diantara Pakatan Haramjadah tu sendiri. Dan ianya perlu diakui oleh mereka.
Tapi, itulah bahananya bila suka sangat berkawan dengan orang yang suka 'Main Belakang'. Orang lama dah pesan, kalau nak pilih kawan biar la yang menjual minyak wangi. Jangan penyudahnya nanti, diorang sendiri jadi Pencacai mengangkat Najis!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.