Ahad, September 07, 2014

*Kejantanan. Itu yang ada dalam kain Si Hadi Awang tu bila dia dengan berani memalukan Si Ketua Penipu tu dan Macai - Macainya dalam PAS!!!

Kejaguhan dan kewibawaan sesaorang pemimpin atau tokoh  akan terserlah dalam keadaan krisis. Inilah yang diserlahkan oleh Presiden Pas Haji Hadi yang sekian lama membiarkan dirinya dihina dan perkecilkan oleh rakan sepakatan  PKR dan DAP sehingga orang Melayu dan Islam yang diluar Pas sendiripun  merasakan kesabaran Hadi sudah keterlaluan.

Menjelang Muktamar PAS tahun lalu Anwarinas yang menguasai Harakah telah mensifatkan Haji Hadi hanya layak untuk menjadi seorang nelayan sahaja  dan mendakwa beliau tidak mahu menjadi PM dengan menunjukan gambarnya dilaut sedang menjala ikan.

Tetapi malam tadi dalam suatu ceramahnya di Terenganu (lihat berita The Star  Online di bawah) Haji Hadi telah mensifatkan parti parti rakan sepakatannya DAP dan PKR sebagai bodoh apabila Sultan Selangor  meminta calun MB lebih dari dua nama tetap mereka hanya memberikan satu nama sahaja.

Disamping itu Haji Hadi  secara terangan mensifatkan isteri Anwar Ibraihm yang dicalunkan oleh suaminya untuk jawatan MB sebagai tidak layak . 

"Dia tidak tahu berdebat dalam Parlimen dan dalam Dewan Undangan Negeri. Bagaimanakah dia hendak jadi seorang pemimpin yang kuat?" tanya Haji Hadi.

Hadi mencabar mereka yang hendak menubuhkan PAS BARU supaya meninggalkan PR tetapi PAS tetap akan berada dalam pakatan.

Kenyataan keras Haji Hadi terhadap PKR dan DAP dan memperlekehkan Wan Azizah sekaligus mendedahkan pandangan rendah PAS terhadap Anwar Ibrahim  dan juga kepimpinannya dan  isterinya yang terpendam  selama ini. Mereka tidak lagi meanggap kepimpinan  Anwar  berkesan dan berguna.

Profesional politik Hadi terserlah. Bliau tentunya mendapat dukongan kuat dari gulongan ulama dan juga akar umbi  Pas terutamanya di Kelantan.

Yang menjadi tandanya sekarang apakah pendirian Setiasuaha Agung PAS Mustaffa Ali yang cuba mengimbangi dirinya antara gulongan Anwarinas dan pimpinan ulama Pas yang juga tidak bagitu yakin dengannya. Haji Hadi tidak memberitahunya calun - calun MB  yang dikemukakan kepada Sultan. Hadi kenal musuh dalam selimut. #Sumber
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping