Ahad, September 07, 2014


Penyokong PAS mendesak pimpinan PR supaya memberi laluan kepada PAS meletakkan calonnya bertanding pada PRK Dun Pengkalan Kubor dalam misi menawan kubu BN itu.

Bagi mereka, hanya calon PAS yang mampu merampas kerusi Dun berkenaan berikutan kemerosotan PKR yang kalah dua penggal berturut-turut pada PRU 2008 dan 2013.

Wan Abdullah Wan Ahmad, 67, berkata, bagi peluang kepada calon Pas untuk bertanding kali ini kerana hanya calon Pas yang berwibawa menawan kubu BN di Dun Pengkalan Kubor.
“Jika calon PKR diletakkan di kerusi Dun Pengkalan Kubor ini, saya tidak akan memberi sokongan,” katanya.
Bagi Rozali Mohamad, 61, kerusi Dun itu wajar diberikan kepada Pas berikutan kekalahan dua penggal PKR di Dun ini.

Menurutnya, PKR hanya mahu menjadi calon sedangkan selama ini yang bekerja keras di Dun Pengkalan Kubor hanya jentera Pas.
“Kami akan memberi sokongan padu kepada Pas dalam misi menawan Dun Pengkalan Kubor,” katanya.
Bagi Naim Ibrahim, 48, berkata, untuk menawan kubu BN itu, perlu ambil kira faktor potensi menang dalam meletakkan calon  bertanding.
“Sudah tentu calon Pas berpotensi menang kerana penyokong Pas lebih ramai jika dibandingkan dengan penyokong PKR.
“Lagi pun calon PKR ini hanya timbul masa pilihan raya sahaja dan selepas itu yang membela nasib rakyat di Dun Pengkalan Kubor ini diserahkan kepada Pas,” katanya.
Apa yang pasti, kenyataan yang dibuat oleh penyokong PAS ni merupakan satu penghinaan terhadap PKR yang dianggap tidak mampu untuk meraih sokongan pengundi.

Malah, penyokong PAS ini juga turut memberi gambaran bahawa PKR selama hari ini memang tak mempunyai sebarang sokongan dari akar umbi.

Maka kesimpulannya, jika PKR menuruti kehendak PAS dalam menentukan calon bagi Pilihan Raya Kecil DUN Pengkalan Kubor, itu membuktikan bahawa PKR ni terlalu lemah dan tidak wajar menjadi Ketua dalam Pakatan!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping