Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan kewujudan pelbagai aliran fahaman Islam dicipta manusia, dan menegaskan dalam Al-Quran hanya mempunyai satu jenis Islam.
Bekas Perdana Menteri itu mengulas perpecahan umat Islam Sunni dan Syiah sehingga menyebabkan ramai rakyat Malaysia terpengaruh untuk berjihad menentang kerajaan Syria pimpinan Bashar Al- Assad yang dibenci hanya kerana beliau dikatakan bermazhab Syiah.
"Dalam Al-Quran ada satu Islam sahaja. Kita yang buat tiga Islam, empat Islam. Sekarang ini ada 1,000 Islam. Islam 'Ayah Pin' pun ada.
Benda semua ini tidak betul. Di mana dalam Al-Quran disuruh Syiah berperang dengan Sunni ini berperang?" kata Dr Mahathir dalam wawancara khas disiarkan Mingguan Malaysia hari ini.
Mengenai situasi di Malaysia di mana penganut agama Syiah ditekan pihak berkuasa, Dr Mahathir berkata tidak semestinya ia menjadi alasan untuk menuduh mereka sebagai kafir.
"Ya, kita tidak suka orang Syiah datang ke sini. Kita tidak setuju dengan dia, kita tidak mahu dia datang sini tetapi kita tidak boleh kata dia ini kafir," kata bekas presiden Umno itu.
Menurut Dr Mahathir, seperti juga penganut Sunni, penganut Syiah juga mengucap dua kalimah syahadah dan bersembahyang.
"Ini sudah sampai kepada satu tahap, orang Syiah ini kafir, kita bunuh dia, itu salah. Dia mengucap dua kalimah syahadah, dia sembahyang, dia terima nabi, dia terima Allah," katanya.
Dr Mahathir menegaskan keislaman seseorang itu tidak boleh dijadikan ukuran hanya kerana berbeza fahaman.
"Kita tidak boleh persoal keislaman atau taraf keislaman orang semata-mata kerana dia berbeza sedikit daripada kita," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.