Isnin, September 15, 2014

Polis menahan empat guru bagi membantu siasatan kes pembocoran kertas Science dan Bahasa Inggeris Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Pulau Pinang dan Perak pada jam 3.30 petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, guru terbabit terdiri tiga lelaki dan seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 30 hingga 54 tahun. 

“Mereka ditahan selepas sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) menyerbu beberapa lokasi Pulau Pinang dan Parit Buntar, Perak. 

“Dalam tangkapan itu, pihak polis turut merampas gajet komunikasi yang digunakan untuk dianalisa," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh salurkan kepada pihak polis.

“Kami juga menasihatkan kepada mana-mana pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai,” katanya. 

Sehingga kini, seramai 10 individu telah diambil keterangan terdiri enam pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia, seorang wartawan dan tiga guru. 

Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid menduduki peperiksaan itu pada Khamis manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 turut ditangguhkan sebelum mereka mengambilnya pada Khamis juga. 

PS: Agaknya mungkin ini kerja kemaruk Si Guan Eng tu nak memburukkan nama baik TPM dan menaikkan kedudukan dia di Pulau Pinang kot. Maklum la, puak - puak Komunis ni bukannya boleh percaya sangat!!!
Categories:

2 ulasan:

  1. Yang sibuk sangat dengan UPSR ni ialah Melayu sebab berebut2 nak hantar anak masuk sekolah asrama penuh.

    Baguslah, anak2 melayu diajar menipu oleh ibubapa dan guru2 dari kecil lagi. Lepas tu sambung menipu masa SPM. Masuk universiti lingkup.

    Lepas tu salahkan kerajaan sebab tak pandai ajar anak mereka.

    Syabas.

    BalasPadam
  2. Ini perbuatan sengaja, Siapa yg terlibat bawa mereka kemuka pengadilan menghianati tugas yg diberi, berhentikan aje dari terus menjadi guru tidak amanah.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping