Adalah sesuatu yang amat menghairankan bila ada dikalangan ahli - ahli PAS dipelbagai peringkat mula mempertikaikan kenyataan yang dibuat oleh Nik Aziz.
Kalau selama hari ini, setiap butir ayat yang diucapkan oleh Mantan Menteri Besar Kelantan tu dianggap sebagai keramat dan ada yang ambilnya sebagai satu fatwa.
Tidak ada sesiapa pun yang berani membantahnya. Sebaliknya, mereka semua tetap tunduk dan akur dengan arahan serta perintah dari Mursyidul Am PAS tu.
Tapi sekarang semuanya dah berubah. Biarpun anak murid dia sendiri pun dah mula berani mempersoalkan tindakan serta kenyataan yang dibuat oleh Nik Aziz.
Dalam satu artikel yang disiarkan dalam laman blog Pro PAS semalam, sudah mula bibit - bibit yang dilihat cuba untuk menghina Mursyidul Am PAS tu secara terbuka.
Artikel tersebut mengulas kenyataan yang dibuat oleh Nik Aziz berkaitan dengan institusi Raja - Raja Melayu yang pada ketika ini sedang hangat dipersoalkan.
Kata blogger terbabit, kenyataan yang dibuat oleh Si Nik Aziz tu dilihat "tak berapa logik" sehingga tahap dia menganggap Si Nik Aziz tu hanya sekadar "Berpolitik".
"Aku sungguh tak faham dengan TG Nik Aziz dalam bab dengan sultan ni. Tak berapa nak logik pada fikiran aku yang langsung tak sokong konsep monarki ni TG Nik Aziz boleh takut sampai rasa geligut cuma dengan perkataan derhaka," jelas blogger tersebut.
Heh! Agak heran jugak bila ada dikalangan ahli PAS yang mula anggap Si Nik Aziz tu sebagai seorang "Ahli Politik". Baru hari ni ke dia sedar mengenai perkara tersebut?
Baru hari ini dia tau yang Si Nik Aziz tu seorang Ahli Politik yang cukup pandai dalam memanipulasikan orang lain demi kepentingan diri dia sendiri?
Apa yang jelas, tindakan blogger tersebut membangkitkan persoalan berkaitan dengan kenyataan tersebut membayangkan bahawa PAS kini sedang menuju ke lembah jahanam!!!
Mungkin ini semua merupakan khifarah yang terpaksa ditanggung oleh parti tersebut kerana tindakan mereka yang nak sangat bersekongkol dengan orang yang suka buat maksiat!!! Itulah padahnya bila suka sangat sokong Peliwat!!!
PAS telah menjual agama islam demi politik rakus.. apa lagi yg tinggal utk PAS.. umpama hamPAS kelapa yg tunggu masa utk dijadikan makanan kpd khinzir.
BalasPadamINGAT TAK PAS TELAH MENDOAKAN KEHANCURAN UMNO DAN BN DI STADIUM DARUL NAIM. MAKA ALLAH TELAH KEMBALIKAN DOA ITU KEPADA PAS. TAKBIR
Padamdoa di stadium telah menjadi kepada pas pulok. jahanamlah pas
PadamBerdasarkan apa yg berlaku sejak tercetusnya 'Tragedi Langkah Kajang', maka fahamlah kita semua bahawa selama ini yg kita anggap blogger pro Pas itu 90% adalah golongan Anwarinas.
BalasPadamMereka masuk dan menyokong Pas kerana mahu 'mengAnwarinaskan' Pas dari dalam. Dan mereka telah berjaya melakukannya dgn baik.
Bagaimanapun, ketentuan Allah swt mengatasi segala perancangan manusia. Srcara mendadak Langkah Kajang terjadi dgn disusuli oleh gerakan menyingkirkan MB Selangor yg bernama Khalid Ibrahim.
Pada perancangan awalnya, Khalid Ibrahim mahu digantikan dgn Anwar Ibrahim. Tapi bila Allah swt tak mengizinkan, Anwar cuba digantikan dgn Wan Azizah. Kroni sekatil Anwar Ibrahim.
Maka bermulalah segala permasalahan yg menampakkan kesepakatan tiga parti dlm PR sebenarnya tidak sepakat pun.
Hadi selaku presiden Pas serta golongan ulama' mula sedar siapa Anwar dan apa kedudukan Pas dihati dan dimata PKR dan DAP.
Semakin lama isu ini membarah, semakin banyaklah kisah serang-menyerang sesama mereka bakal kita dengar dan lihat.
Biarkan... biarkannnnn..... siluncai terjun dgn labu-labunya.
Ini adalah bala doa Kehancuran yg diminta.
BalasPadamsetuju 200%
Padam