Hah, pulak dah!!! Hari tu berebut - rebut puak - puak Macai Anwarinas dalam PAS tu nak mengaku diri diorang sebagai anggota PasMa ni.
Belum apa - apa lagi dah mula berebut jawatan Presiden. Tapi bila didedahkan oleh ROS, tak de sorang pun pemimpin Parti Angguk Saja tu yang terlibat.
Dalam satu kenyataan semalam, pihak ROS menjelaskan bahawa PasMa ni bukan pertubuhan Politik seperti yang didakwa sebelum ini.
Malah, jelas pihak RoS lagi, pertubuhan tersebut telah didaftarakan oleh orang lain dan bukan sepertimana yang tersebar didalam laman media sosial.
Sebaliknya menerusi kenyataan ROS, PasMa diketuai oleh seorang pengerusi iaitu Mohamad Faiz Mohd Taib dan timbalannya, Muhamad Hisomudin Bakar.
Selain itu jawatankuasa PasMa turut dianggotai Mohd Taib Ahmad (Setiausaha), Mohd Iqbal Mohd Shariff (Penolong Setiausaha) dan Mohd Rosli Abu Bakar sebagai Bendahari.
Kalau macam tu, kenapa Si Bahlolrazi tu sibuk mendabik dada dan mengaku diri dia sebagai Presiden kepada pertubuhan NGO tu? Dah kemaruk sangat ke dia nak jadi Presiden?
Dalam laporan yang disiarkan oleh KiniTV sebelum ini, memang jelas mereka menyebut bahawa Si Bahlolrazi tu sebagai Presiden pertubuhan berkenaan.
Jadi, dia perlu tampil dan membuat penjelasan mengenai pendedahan yang dibuat agar tidak berterus - terusan menipu rakyat, terutama dikalangan ahli - ahli PAS sendiri.
Dan persoalannya sekarang, siapa sebenarnya disebalik penubuhan PasMa ni? Adakah benar mereka yang terlibat dalam pertubuhan tersebut Anti Hadi Awang?
Atau, adakah pertubuhan tersebut hanya dipergunakan oleh mereka yang memang tak sehaluan dengan Presiden PAS untuk menghentam dia dari belakang?
Apa yang pasti kewujudan PasMa ni memang merupakan satu lagi pengkhianatan terhadap PAS kerana mereka yang terlibat jelas bertindak membelakangi parti tersebut. Kalau ianya dibiarkan, maka memang jahanam la PAS jawabnya!!!
Bila orang tak ada ilmu, dengaq kelentong anwar terus taksub gila. Ilmu dunia tak ada, ilmu akhirat pun tak ada. Itulah PASMA.
BalasPadam