Jumaat, September 19, 2014

Presiden PKR, Wan Azizah berkemungkinan bukan ADUN Selangor yang bakal mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu pada Selasa ini.

Ini berdasarkan sumber istana yang dihubungi, berkata Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak memilih ADUN wanita bagi menjadi Menteri Besar yang baharu, yang akan mengangkat sumpah jawatan pada 23 September ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan siapa ADUN yang bakal mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar daripada Sultan Sharafuddin Idris Shah, kelak mahupun mendedahkan daripada parti mana ADUN berkenaan.
"Itu saya tidak boleh ceritalah. Biar ia menjadi kejutan kepada semua. Kita tunggu hari Selasa ini," katanya.
Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Selangor, di Istana Alam Shah, Klang, jam 10.30 pagi itu disahkan Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani petang tadi.

Sementara itu, dua nama disebut-sebut bakal menjadi menteri besar Selangor yang baharu, Selasa ini iaitu ADUN Chempaka, Iskandar Abdul Samad, iaitu EXCO Kanan dalam pentadbiran kerajaan Selangor ketika ini dan ADUN Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali, yang juga Timbalan Presiden PKR.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. kak wan and anuwar kena tunjuk kesungguhan dgn BARING TENGAH JALAN AND ANGKAT BENDERA ! mcm Pas Perak dolu !........jgn senyum naa !!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping