Ahad, September 21, 2014

Nampak gayanya, hujung minggu seluruh rakyat Malaysia banyak dihabiskan dengan membuat spekulasi berkaitan dengan jawatan Menteri Besar Selangor tu.

Selain sibuk dengan kenduri kahwin dan bercuti bersama keluarga, rakyat Malaysia disegenap lapisan masyarakat masih terus membahaskan isu tersebut.

Sekarang tinggal lagi 48 jam sebelum Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor yang baru itu akan dilansungkan di istana Alam Shah, Klang.

Segala teka teki akan terjawab pada jam 10 pagi hari Selasa nanti. Tetapi khabar angin diluar istana masih kedengaran. Orang ramai masih lagi dengan spekulasi mereka.

Perdebatan di kedai kopi juga tertumpu kepada isu berkenaan namun hanya satu daripada tiga nama calon yang hangat diperkatakan pada ketika ini.

Mereka ialah ADUN Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali, ADUN Cempaka, Iskandar Abdul Samad dan ADUN Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi bakal menaiki takhta itu.

Menurut sumber dalaman Pakatan Rakyat (PR), ketiga-tiga calon itu sudah dipanggil ke Istana Alam Shah minggu lalu untuk 'ditemuduga' pihak istana. 

Namun difahamkan calon terakhir yang masuk, Azmin merupakan calon yang mendapat perkenan untuk menjadi Menteri Besar.
"Azmin yang terakhir masuk dan diterima kerana dia bertemu beberapa lagi 'orang atasan' istana untuk membincangkan isu berkenaan majlis Selasa ini.
"Semuanya sudah dipersetujui dan hanya menunggu masa untuk majlis itu. Kini kita boleh kata 99 peratus kemungkinan Menteri Besar Selangor milik Azmin," katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini.
Jika perkara itu benar - benar berlaku, adakah PKR akan dapat menerimanya dengan hati yang terbuka? Adakah kemelut kepimpinan Pakatan di Selangor tu akan berakhir?

Kalau sebelum ini, PKR tetap tegas untuk mencalonkan isteri kepada Si Ketua Penipu tu sebagai pengganti kepada Khalid Ibrahim. Dan Si Azmin tu tak dapat restu mereka.

Maka seperti yang kita boleh jangkakan, isu kemelut kepimpinan dan kedudukan kerusi Menteri Besar Selangor tu takkan berakhir dengan begitu mudah. Nampak gayanya wayang Pakatan ini akan berterusan. Stok Popcorn korang cukup lagi ke tidak!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Ini adalah lakunan dan hiburan Anwar untuk rakyat Selangor sebelum Anwar berihat 5 tahun di Resort Sg.Buloh.

    BalasPadam
  2. PKR xpecat Azmin kah nanti?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping