Huh! Sama ada dakwaan itu benar atau tidak, ianya tidak dapat dipastikan. Namun dikalangan rakyat Malaysia secara amnya beranggapan perkara itu kemungkinan wujud.
Melihat perjalanan Pilihan Raya Kecul Dun #PengkalanKubor kali ini terlalu lembab membuatkan ada segelintir penyokong parti itu beranggapan sedemikian.
Katanya, PAS ada "kesepakatan sulit" dengan pihak lawan selepas berjaya merampas semula kerusi DUN Pengkalan Kubor tu dari PKR sebelum ini.
KONONnya, mereka mendakwa, tindakan itu dilakukan bagi memastikan sokongan terhadap perlaksanaan Hukum Hudud di Kelantan dapat diteruskan.
Maka atas sebab itu PAS pada ketika ini hanya sekadar menggunakan serangan - serangan peribadi terhadap calon lawan mereka. Ianya seperti tak masuk akal.
Kata mereka, takkan la PAS terlalu tandus dengan idea untuk berceramah sampai tahap pemakaian calon Barisan Nasional itu pun nak dijadikan bahan pertikaian?
"Takkan la terlalu lemah hujah PAS sehingga perkara sekecil itu pun nak diperbesar - besarkan dalam ceramah yang dianjurkan setiap malam?
Adakah hanya dengan mempertikaikan cara pemakaian itu sahaja boleh mengembalikan keyakinan rakyat dan menyokong parti itu dalam Pilihan Raya Kecil kali ini?"
Demikian beberapa persoalan yang dibangkitkan mengenai perjalanan kempen Pilihan Raya Kecil DUN Pengkalan Kubor yang kini hanya tingga 4 hari sahaja lagi untuk mengundi.
Sama ada benar atau tidak dakwaan itu, ianya terpulang la pada persepsi masing - masing. Tetapi dari satu sudut, pandangan yang diberikan ada juga logiknya.
Kalau BN menang dalam Pilihan Raya Kecil ini sekali pun, ianya tidak akan mengubah kedudukan dan juga tidak memberi sebarang kerugian bagi PAS. Lagi pun, dalam Politik ni, macam - macam boleh terjadi. Siang boleh jadi kawan, malam boleh jadi lawan!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.