Ahad, September 21, 2014

Menipu atau Menabur Fitnah? Itu dua kemungkinan yang dirujuk kepada Presiden PAS, Hadi Awang sewaktu membuat ucapan penggulungan semalam.

Persoalan mengenai dua kemungkinan itu sewajarnya dijelaskan oleh ADUN PAS yang didakwa telah membelakangi pendirian parti untuk menyokong Wan Azizah.

Dalam ucapan semalam, Si Hadi Awang tu jelas mempertikaikan tindakan PKR yang dituduh "Mencuri" dan "Membeli" wakil rakyat PAS untuk dapat sokongan majoriti.

Tuduhan tersebut dibuat berkaitan dengan isu kemelut kepimpinan dan kedudukan Menteri Besar Selangor yang kini masih lagi hangat diperkatakan.

Sama ada dakwaan dan tuduhan itu betul atau tidak, hanya ADUN PAS yang ada kaitan sahaja yang boleh menjawabnya. Adakah Si Hadi Awang tu telah menipu?

Atau adakah dia sengaja menabur fitnah dengan membuat tuduhan tersebut? Itu persoalan yang perlu dijelaskan oleh ADUN yang berkaitan demi mempertahankan maruah mereka.

Namun, salah seorang dari ADUN tersebut hanya sekadar "Meroyan" bila dilabelkan sebagai "Barua" dan menuntut agar Hadi Awang membuktikan tuduhan yang dibuat.

Selain melabelkan perkara itu tidak wajar dilakukan, ADUN tersebut juga turut mempersoalkan tindakan yang dikenakan terhadap dirinya dalam Muktamar kali ini.
“Banyak ulama dalam parti, tetapi mereka masih benarkan tindakan mengutuk saya atas tindakan saya, yang sebenarnya hukuman sebelum perbicaraan. Parti Islam jenis apa ini?
“Di muktamar, pengerusi tetap tidak campur tangan apabila perwakilan berdoa supaya tuhan murka pada saya. Perkara ini sangat memalukan parti,” belia dipetik sebagai berkata.
Heh! Tau pulak dia nak meroyan ye? Tau pulak dia nak marah bila diri dia dibuat seperti 'Beruk' dalam muktamar kali ni? Sebelum ni, kenapa dia tak fikir masak - masak?

Kenapa dia tak ambik kira tentang parti dan natijah yang perlu ditanggung ekoran tindakan yang dia buat? Sekarang, bila orang dah marah baru la dia nak hilang akal?

Kalau betul la dakwaan yang dibuat oleh Hadi Awang tu tak betul dan Si ADUN tu tadi rasa dia berada dipihak yang benar, ambik la tindakan yang sewajarnya. Saman la Si Hadi Awang tu dan dakwa dia kerana menabur fitnah. Setakat cabar mulut je, baik tak payah!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping