Khamis, September 04, 2014


PAS menerusi kenyataan Setiausaha Agungnya hari ini menafikan laporan mengatakan parti itu menghantar tiga nama Ahli Exco mereka di Selangor sebagai calon Menteri Besar.

"Laporan itu sememangnya tidak benar, dan ianya sama sekali bercanggah dengan kenyataan PAS sebelum ini. Laporan itu tidak betul,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan media yang menyebut bahawa satu surat daripada Presiden PAS telah dihantar sebelum tarikh 3 September.

Ianya bagi mengemukakan lebih daripada dua nama calon jawatan Menteri Besar berikutan pemecatan Khalid Ibrahim daripada PKR.

Memetik laporan sumber itu berkata, Hadi secara peribadi telah menandatangani surat untuk istana, menamakan tiga ahli exco parti itu dalam pentadbiran negeri sebagai calon.

Terdahulu, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberikan masa sehingga semalam agar parti dalam Pakatan menghantar sekurang-kurangnya dua nama untuk dipertimbangkan.

Sementara itu, menurut laporan lidah rasmi Pas Harakahdaily hari ini melaporkan bahawa PAS telah menghantar tiga nama, namun dua calon tersebut adalah daripada PKR dan seorang daripada partinya sendiri sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu,

Menurut portal itu, Mustafa Ali mengesahkan perkara itu tetapi tidak menyebut nama ketiga-tiga Adun berkenaan. "Buat masa ini nama tu biarlah dulu," katanya.

PS: Persoalannya sekarang ni, yang mana satu yang betul? Si Pak Mus tu mula - mula kata laporan kata PAS hantar 3 nama tak betul.

Kemudian dia kata, nama yang dihantar tu akan dimaklumkan kemudian. Tak pulak dia nafikan sama ada betul atau tidak diorang hantar 3 nama tu.

Inilah bahananya bila banyak sangat minum air KETUM sampai sesama dia sendiri pun boleh jadi Pening jadinya. Kot ye pun diorang nak jadi Penipu, jangan la sampai kantoi tak tentu arah!!!
Categories: ,

6 ulasan:

  1. Sejak azali PAS kerjanya menipu... Kalau cakap betul mana nak dapat penyokong

    BalasPadam
    Balasan
    1. pas memang sukabtipu dan fitnah untuk dapat undi. kan tgna kata umno kafir sedangkan umno masukkan dalam perlembagaan islam sebagai agama rasmi

      Padam
  2. SUNAT menipu kalau ikut hukum syiah. Mungkin diorang cuba praktikkan kot! Cuba tanya kat abg Mat Bulu Mah ...

    BalasPadam
  3. penipuan bagi HJ ADE enteng jeerr macam makan keropok lekor

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping