Khamis, September 25, 2014

Huh! Apa lagi yang Si Mak Lampir ni tak puas hati sebenarnya? Kenapa pulak dia masih lagi nak pertikaikan pandangan yang diberikan oleh orang lain terhadap Wan Azizah?

Bukan ke sebelum ini PKR sibuk mendabik dada menyatakan bahawa diorang ni semuanya pejuang - pejuang "Freedom Of Speech"? Jadi, kenapa Si Mak Lampir ni masih meroyan?

Kenapa pulak dia masih lagi nak mendesak agar Si Hadi Awang tu memohon maaf terhadap kenyataan yang telah dibuat sebelum ini terhadap Presiden PKR tu?

Adakah itu yang dikatakan sebagai perjuangan untuk menegakkan Hak Kebebasan Bersuara? Bila orang lain bercakap buruk terhadap diorang, kenapa pulak nak dimintak maaf?

Jika dilihat dari tindakan yang telah dilakukan, terpampang wajah kekecewaan yang cuba disembunyikan oleh Si Ahli Parlimen Ampang tu dari pengetahuan rakyat.

Kenapa dia kecewa? Itu hanya dia sahaja yang tau. Hanya dia sahaja yang boleh menjelaskan rasa kecewa dana rasa terkilan dia tu kepada orang ramai secara umum.

Namun hakikatnya, Si Mak Lampir tu perlu belajar untuk menerima KENYATAAN. Si Wan Azizah tu memang TAK LAYAK untuk jadi pemimpin.

Bukan hanya setakat dia tak layak jadi Menteri Besar, malah dia juga tak layak untuk jadi Presiden sebuah parti Politik yang KONONnya nak memperjuangkan Keadilan Rakyat.

Jika benar Si Wan Azizah tu seorang yang layak untuk memimpin, sudah tentu dia sendiri dapat selesaikan kemelut kepimpinan yang melanda parti dia tanpa sebarang kekecohan.

Kalau betul dia mempunyai kemampuan untuk mentadbir, sudah tentu parti dia pun tak huru hara dengan proses pemilihan yang didakwa berlaku penyelewengan dan sebagainya.

Tapi, disebabkan dia TAK MAMPU dan TAK LAYAK untuk menjadi pemimpin, maka sebab itu proses pemilihan parti pun jadi kucar kacir sampai ada yang pecah kepala.

Disebabkan itulah dia juga GAGAL untuk memastikan perencanaan agenda Langkah Kajang tidak dapat dijalankan dengan sempurna dan bertukar menjadi kelam kabut.

Hakikat itu yang perlu diterima dan dihadam oleh Si Mak Lampir tu biar pun ianya pahit untuk ditelan. Tak usah la dia nak meroyan tak tentu pasal macam orang hilang akal!!! Penyudahnya buat malu diri dia sendiri je!!!
Categories: ,

5 ulasan:

  1. ada rasa malu ke mak lampir tu?

    BalasPadam
  2. Mak lampir ni apakah kelulusan beliau? Pemikiran tak ada classlah,macam mana org seperti ini boleh jadi YB.

    BalasPadam
  3. mak lampir ni si ampu bodek wan azizah.... jangan tak tahu ...

    BalasPadam
  4. Bila dh tk der malu semua dia langgar

    BalasPadam
  5. Dia mengidam jawatan exco kalau Jijah sepat naik, tu yg meroyan tak habis2 tu.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping