PKR Kelantan Kecewa Dengan Wan Azizah!!! Nak cerita panjang - panjang buat apa lagi? Memang betul apa yang Si Hadi Awang tu katakan sebelum ini.
Si Wan Azizah tu memang tak de kemampuan untuk menjadi seorang pemimpin. Jadi, macam mana dia layak untuk menggalas tugas seorang Menteri Besar?
Sedangkan masalah dalaman parti dia sendiri pun sampai hari ni masih lagi belum selesai, pun lagi ada hati dia nak menjawat jawatan tinggi dalam sebuah Kerajaan Negeri?
Fikir sendiri la. Nak buat keputusan mengenai calon Pilihan Raya Kecil DUN Pengkalan Kubor tu pun dah dimaki hamun orang. Pun lagi Si Wan Azizah tu tak sedar diri ke?
Dengar katanya, PKR Kelantan sendiri pun rasa kecewa terhadap keputusan yang telah dibuat oleh Si Wan Azizah tu untuk melepaskan kawasan tersebut kepada PAS.
"Hanya kerana nak selamatkan kedudukan dia sebagai Presiden dan melobi kedudukan sebagai Menteri Besar Selangor, sanggup dia buat macam tu kepada ahli bawahan?"
Demikian persoalan yang dibangkitkan oleh Pengarah Latihan dan Komunikasi PKR Kelantan seperti mana yang dilaporkan dalam Tranungkite sebelum ini.
Disebalik kekecewaan itu, PKR Kelantan turut mendakwa PAS memang Gila Kuasa dan telah mensabotaj semua calon - calon PKR sewaktu Pilihan Raya Umum yang lalu.
PAS Kelantan juga katanya tidak turun padang membantu calon PKR kerana sikap ego dan sombong yang mereka miliki biar pun pihak atasan menyetujui kerjasama diantara mereka.
Dan bagi menzahirkan kekecewaan tersebut, PKR Kelantan juga turut dilaporkan tidak akan turut membantu calon PAS yang bertanding dalam PRK kali ini.
Kesimpulannya, kelemahan dan keGAGALan Si Wan Azizah tu dalam membuat keputusan membuatkan semua orang rasa tak senang hati serta kecewa.
Jadinya, memang betul la kenyataan yang dibuat oleh Presiden PAS sebelum ini yang menyatakan bahawa Si Wan Azizah tu tak mampu nak menjalankan amanah. Bak kata orang tua - tua, kalau tak de beban jangan batu pulak dia nak angkat!!! Sedar la diri sikit!!!
bukan salah zizah, ini salah nwar, nuar yang suruh dia, dia pun dah mengaku dia boneka, jadi mestilah ada orang yang menggerakan dia, orang tu dah tentulah laki dia...tak caya Tanya dia...bisik kat telinga dia..awat hang bagi calun pada PAS...nnti dia jawap sambil berkipas dan berbisik....nuar suruh...nanti PAS lembut hati ada chance aku jadi MB..selamat laki aku..
BalasPadamKotak bayangan ilustrasi dan imaginasi DSAI yang memang cekal bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia hanya boleh difahami oleh orang tertentu.DSAI mengatakan langkah Kajang adalah kejutan politik. Tetapi tak berapa ramai yang perasan dan tahu firasat tersurat dan tersirat dalam konteks kejutan politik seperti gambaran kotak bayangan dan imaginasi pemikir ilustrasi ini melainkan tuan punya badan. Akan tetapi kalau dah nyata orang ternama ini sudah terpaksa menepostimakan DSWAWI itu adalah signal orang ni sedang mendesak sesuatu Bukankah majoriti tahu kemampuan DSWAWI inikan lagi suami dia. Kalau majoriti sudah menyatakan DSWAWI begitu jadi tak heran la kebawah DYMM Tuanku Sultan menolak. Dah tau tak dipekenan tapi tetap DSWAWI dipertahankan oleh DSAI dan LGE. Jadi lu fikir dan cuba merasai detik hati apa motif sebenar mereka disebalik ?
BalasPadam