Jumaat, September 12, 2014

Berikut kenyataan terbuka yang dibuat oleh Ketua Pemuda PAS Sekijang terhadap pengkhianatan yang dilakukan oleh Husam sehingga dianggap seperti "Anai - Anai".
Umum mengetahui bahawa Datuk Husam Musa selaku Naib Presiden dan sebahagian besar rakan-rakannya dalam Ahli Jawatankuasa Pusat (AJK Pusat) tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang iaitu meletakkan lebih daripada satu nama sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Husam dan rakan-rakannya berpandangan bahawa Pas perlu letakkan satu nama sahaja iaitu nama yang telah dipersetujui oleh PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Apabila Husam dan rakan-rakan yang sealiran dengannya berpandangan sedemikian dan masih kekal dengan pandangan tersebut tanpa tunduk sedikit pun dengan pendirian Presiden parti selaku pihak berautoriti besar - sebagaimana yang telah diputuskan oleh Majlis Syura Ulama - Husam perlu menyatakan protes terhadap keputusan tersebut secara terbuka.

Ahli-ahli sudah sedia maklum pendirian Presiden, dan tidak kurang yang menyokong. Hanya Husam dan rakan-rakannya sahaja masih berlapik-lapik kononnya ingin menjaga survival politik.

Situasi ini tidak sihat untuk organisasi. Jika Husam merasakan Presiden sudah tidak layak memimpin parti, beliau seharusnya mengusulkan undi tidak percaya kepada Presiden parti.


Jika merasakan sokongannya tidak cukup, beliau dan rakan-rakannya perlu meletakkan jawatan sebagai signal menegakkan pendirian mereka yang dirasakan betul. Mungkin ramai juga ahli-ahli Pas yang akan mengalu-alukan jika Husam meletakkan jawatan. - Shazni Munir Mohd. Ithnin
Kesimpulannya, Si Husam tu perlu sedar diri dan terima hakikat bahawa ahli diperingkat akar umbi bukan suka sangat dengan perangai Haramjadah yang ditonjolkan.

Malah Si Husam tu juga perlu ingat, dalam Muktamar PAS yang lalu, dia GAGAL untuk mempertahankan jawatan dia sebagai Naib Presiden.

Tapi dia menang disebabkan wujudnya 'Rundingan Sulit' yang dijalankan dikalangan beberapa orang pemimpin dibelakang pengetahuan para perwakilan. Jadi, tak payah la dia nak tunjuk lagak sangat!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping