Sabtu, September 13, 2014

Satiful Bahri Mamat menegaskan masa depan tahaluf siyasi atau kerjasama dalam Pakatan Rakyat hanya boleh diputuskan dalam muktamar parti yang akan diadakan pada bulan ini.

Jelas Pesuruhjaya PAS Terengganu itu, muktamar yang diadakan setiap tahun merupakan kuasa pemutus sekiranya dibangkitkan perwakilan.
“Tahaluf siyasi ini apa yang diputuskan dalam muktamar, jadi kuasa pemutus sebenarnya adalah muktamar.
“Apapun kita tunggu muktamar yang terdekat inilah pada bulan ini di Johor Bahru tapi sedia maklum tahaluf kita ini ada syarat-syaratnyalah seperti meletakkan Islam sebagai kepentingan,” katanya kepada Antarapos.
Satiful Bahri berkata demikian berikutan timbul percanggahan pendapat dalam kalangan pemimpin pakatan terutama dalam menghadapi krisis politik di Selangor yang turut berdepan gesaan agar PAS mengkaji semula hubungan itu.

Tambah beliau, sehingga kini PAS tidak pernah mengkhianati mana-mana kerjasama termasuk ketika bersama Barisan Nasional (BN) dulu.
“Apapun setakat ini PAS punya tahaluf tidak pernah khianat lagi, dari dulu sama ada dengan Umno, Barisan Alternatif mahu pun sekarang dengan Pakatan Rakyat.
“Jadi dalam hal ini PAS masih lagi menetapkan bahawa PAS masih lagi bersama Pakatan Rakyat,” katanya.
Sebelum ini, Dewan Ulama PAS membentangkan satu resolusi agar meneliti atau mengkaji semula tahaluf siyasi dengan parti yang lain dalam Pakatan. Kajian semula itu perlu dilakukan bagi melihat sama ada matlamat asalnya menguntungkan PAS atau sebaliknya.

PS: Kena tipu banyak kali pun PAS masih lagi nak ber-Tahaluf Siyasi dengan puak - puak Pengkhianat? Sudah - sudah la kena kencing dengan orang. Buat memalukan diri sendiri je!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Oleh kerana Pas kini telah dikuasai secara majoriti oleh puak Anwariyun, maka sepanas mana sekalipun hujah usul yg mahu mengenepikan sokongan kpd Anwar him dan DAP akan tewas akhirnya.
    Keputusannya nanti tetap memihak kpd kepentingan PKR dan DAP.
    Samalah macam menukar slogan menegakkan negara Islam jadi menegakkan negara berkebajikan.

    BalasPadam
  2. Jika pas tidak lg bersama pakatan jgn risau pasma kan ada sbg ganti..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping