Sabtu, September 13, 2014

Hari ini hari penamaan calon. Dengar kata puak - puak Parti Khianati Rakyat tu dah bersiap sedia nak buat kecoh disekitar kawasan penamaan calon tu.

Kalau ikut laporan sebelum ini, katanya PKR Kelantan memang tak puas hati dengan keputusan yang telah dibuat oleh kepimpinan Pusat.

Rasa tidak puas hati PKR Kelantan ke atas keputusan PKR Pusat menyerahkan kerusi DUN Pengkalan Kubor kepada PAS untuk ditandingi mereka, bukan isu baru.

Pengerusi PKR Kelantan dikatakan orang yang paling marah bila PKR Pusat membuat keputusan tersebut tanpa terlebih dahulu berbincang dengan pimpinan negeri.

Maka tidak hairanlah bila terdengar berita yang mungkin kurang menyenangkan apabila PKR Kelantan akan tetap meletakkan calon mereka di Pengkalan Kubor.

Tindakan ini, walaupun berlawanan dengan arahan PKR Pusat tapi tidak dilihat sebagai satu kesalahan besar oleh pimpinan parti itu sendiri. 

Dalam PRU13 yang lepas pun, mereka mendakwa calon di 5 kerusi DUN dan 1 kerusi Parlimen yang sepatutnya di tandingi PKR pun ada jugak calon bebas.

Dan perkara tersebut turut dinyatakan secara terbuka oleh seorang perwakilan dari Kelantan dalam Kongres PKR yang telah diadakan baru - baru ini.

Jadi, inilah masa yang sesuai untuk membalas semula 'Pengkhianatan' yang pernah dilakukan terhadap mereka. Apatah lagi Pengkalan Kubor memang kerusi tradisi PKR. Cuma kali ini diserahkan sebagai kompromi penyelesaian Menteri Besar Selangor!!!

Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping