Nik Aziz sendiri mengakui tidak mengenali secara peribadi calon yang dipertaruhkan parti itu pada Pilihan Raya Kecil DUN Pengkalan Kubor.
Kata dia, walau siapa pun calon yang bertanding di atas tiket PAS, beliau akan memberikan sokongan dan menyimpan harapan untuk menang.
“Saya tak kenal calon secara peribadi, tapi bila jawatankuasa PAS dah buat keputusan, itulah calon terbaik,” katanya kepada pemberita ketika hadir ke pusat penamaan calon PRK Pengkalan Kubor di sini, Sabtu.
Menurut Nik Aziz, yang diminta mengulas lanjut mengenai PRK kali ini, dalam pilihan raya, pengundi membuat pemilihan mengikut kehendak sendiri.
Katanya, pengundi sudah matang untuk membuat keputusan dengan melihat kehidupan di dunia dan akhirat.
“Pilihan raya biar benar-benar pilihan…tak ada paksaan raya. Orang yang mengundi sudah akil baligh, sudah faham keadaan hidup di atas dunia bersama akhirat,” katanya.
Pada Pilihan Raya Kecil DUN Pengkalan Kubor, PAS mencalonkan Setiausaha PAS Tumpat, Wan Rosdi Wan Ibrahim sebagai calon mereka bagi menentang calon BN, Mat Razi.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.