Ahad, September 14, 2014

Presiden PAS masih mahukan Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor sebagai cara memelihara keutuhan Pakatan dan mengatasi kemelut bersabit jawatan itu.

Hadi menyatakan demikian kepada rombongan sayap pemuda Pakatan Rakyat yang menemui beliau semalam, kata Ketua AMK Nik Nazmi.
“Dalam perbincangan itu apabila ditanya tentang pandangan Tuan Guru Haji Hadi tentang jalan keluar isu ini, beliau memberi jawapan akhirnya adalah dengan mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Tuan Guru sendiri akan memantau kelemahan Tan Sri Khalid,” Nik Nazmi memetik Hadi sebagai berkata.
Ketua AMK itu berkata pendirian Hadi adalah di luar daripada kerangka keputusan Pakatan Rakyat dan bertentangan dengan sokongan majoriti DUN Selangor untuk Datuk Seri Dr Wan Azizah untuk menggantikan Khalid. 
“Meskipun isu perlantikan MB belum selesai, tetapi Tan Sri Khalid kini hanya bertindak sebagai MB peralihan yang telah diterima DYMM Sultan Selangor. Apatah lagi Tan Sri Khalid kini hanyalah ADUN bebas tidak berparti,” kata Nik Nazmi dalam satu kenyataan.
Beliau berkata pendirian yang diambil oleh Hadi mengusutkan keadaan,  “ditambah dengan beberapa keputusan yang berubah-ubah sebelum ini malah berbeza dengan keputusan PAS sendiri.”

Justeru kata beliau sebarang keputusan untuk menyelesaikan kemelut MB Selangor “mestilah dibuat dalam kerangka bersama Pakatan.

Namun, Hadi Awang enggan mengesahkan dakwaan beliau sedang mencari jalan mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar, sebaliknya mengatakan semuanya terletak kepada keputusan Sultan Selangor.
"Hak tentukan menteri besar Selangor ini bukan pada saya. Itu Sultan menentukan. Saya tiada hak tentukan MB Selangor. Sultan Selangor yang boleh menentukan siapa," katanya kepada media selepas menyampaikan ceramah di Kampung Geting, Tumpat malam tadi.
Apabila ditanya tentang jalan penyelesaian kebuntuan Selangor dengan mengekalkan Khalid dan beliau secara peribadi akan memantau, Hadi berkata beliau masih belum membaca berita berkenaan.
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping