Heh! Kalau bab nak bercakap, memang Si Nurul Izzah ni cukup pakar dan mahir. Ianya tak perlu nak dipertikaikan lagi sebab dia dah mampu membuktikannya.
Jika tidak kerana kelantangan mulut dia berbicara, takkan sampai tahap dia disaman oleh Raja Nong Chik kerana menabur fitnah sewaktu Pilihan Raya Umum yang lalu.
Tapi, bicara Si Nurul Izzah ni biasanya dibuat tanpa berlandaskan bukti yang kukuh. Maka sebab itu dia selalu terkantoi bila setiap kali dia bukak mulut.
Bicara kali ini pun tak jauh bezanya. Si Nurul Izzah tu bercerita mengenai Inovasi Politik yang didakwa menghalang Kebebasan Suara Rakyat.
Kata Si Nurul Izzah, Transformasi Politik yang dijanjikan oleh pihak Kerajaan tidak dilakukan untuk membimbing Negara ke arah demokrasi yang lebih baik.
Sebaliknya kata dia, ianya mengarahkan kepada kekangan dan penindasan terhadap Kebebasan Bersuara dikalangan rakyat dengan wujudnya penyalahgunaan Akta Hasutan.
Heh! Hebatkan Si Ahli Parlimen Lembah Pantai ni bercakap? Memang itu kelebihan dia. Tapi dek kerana dia ni seorang yang lupa diri, maka dia seringkali hilang ingatan.
Jika Si Nurul Izzah tu anggap "janji manis" yang dibuat oleh Perdana Menteri itu GAGAL dilaksanakan, bagaimana pulak dengan "Janji Manis" yang ditabur oleh parti dia sendiri?
Sudah berapa kali isu mengenai penyelewengan proses pemilihan PKR dibangkitkan sebelum ini? Adakah mereka memberi "Kebebasan" untuk ahlinya bersuara?
Berapa ramai ahli - ahli serta pemimpin parti itu yang digantung dan dipecat keahliannya semata - mata kerana mereka menyuarakan ketidak-puasan hati mereka?
Semuanya hanya kerana mereka berjumpa dengan pihak media, maka tindakan tegas telah diambil oleh PKR dengan alasan ianya melanggar arahan parti.
Adakah itu membuktikan bahawa PKR berjaya meREFORMASIkan agenda Kebebasan Bersuara sedangkan ahli sendiri pun dihalang untuk bersuara?
Jelas, pandangan yang diberikan oleh Si Nurul Izzah tu hanya sekadar satu alasan RETORIK kerana PKR sendiri pun GAGAL melunaskan janji mereka.
Maka tak usah la Si Nurul Izzah tu nak jadi manusia MUNAFIK kalau dikalangan ahli parti sendiri pun diorang membataskan Hak Kebebasan untuk mereka Bersuara!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.