Sabtu, September 20, 2014

Itu satu persoalan yang berbangkit dikalangan rakyat Malaysia apabila mereka membahaskan mengenai calon Menteri Besar Selangor yang baru tu.

Jika menurut sumber yang dilaporkan, PKR katanya agak keberatan dan masih teragak - agak untuk menjawab soalan yang dibangkitkan oleh rakyat. 

Nak pulak bila nama Timbalan Presiden parti itu sendiri yang sedang hangat menjadi sebutan bagi mengisi kedudukan yang disandang oleh Khalid pada ketika ini.

Katanya, PKR juga ada mendengar perkhabaran mengenai perkara tersebut tetapi mereka menyifatkannya sebagai satu perkara yang "Janggal" dan tak masuk akal.
"Mereka berkata, sekiranya ia benar sekalipun Azmin mungkin akan mengubah fikirannya dan tidak menerima jawatan itu kerana beliau tidak mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor."
Demikian yang dilaporkan melalui blog tersebut. Soalnya, adakah benar Si Azmin tu tidak mendapat sokongan majoriti dari kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri?

Sejauh mana mereka dapat memastikan perkara tersebut tidak berlaku sedangkan sebelum ini yang buat kecoh di Selangor tu pun bukannya orang lain. 

Hakikatnya, kemelut kepimpinan Pakatan di Selangor tu semuanya berpunca dari pertikaian yang ditimbulkan oleh Azmin selepas Pilihan Raya Umum yang lalu.

Meminjam ayat Si Chagubard, KARTEL Si Azmin tu juga yang menjaja cerita buruk berkaitan dengan prestasi Khalid Ibrahim sehingga timbul konflik yang berpanjangan.

Maka, untuk membuat kesimpulan bahawa Si Azmin tu tidak mempunyai sokongan dikalangan ADUN adalah satu keputusan yang tidak boleh diterima.

Kita juga kena ingat. Azmin pada ketika ini masih lagi merupakan Pengerusi PKR Negeri merangkap Timbalan Presiden parti tersebut. Jadi, jangan mudah sangat diorang buat andaian yang bukan - bukan. Jangan ingat rakyat Malaysia ni bodoh sangat!!!

#Pendedahan mengenai Kartel Azmin tu boleh dibaca disini...
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping