Pasal duit jugak dia meroyan. Bukan pasal benda lain!!! |
Heh! Tak habis lagi buat perangai Si Ostazah Pening ni rupanya. Kita ingatkan bila dia dah bercerai dan menjanda untuk kali kedua, perangai dia berubah.
Tapi nampak gayanya Si Ostazah Pening tu masih jugak tak berubah. Masih juga dia dengan perangai lama dia suka menyalahkan orang tak tentu arah.
Kali ini dia kembali menyalahkan bekas suami dia seperti mana yang pernah dilakukan dulu. Kali ini dia bangkitkan "Hak" dengan bekas suami muda dia pulak.
Kata Si Ostazah Pening tu, dia nak selesaikan masalah tersebut secepat mungkin. Namun malangnya, bekas suami muda dia tu terus ghaib dan hilang entah ke mana.
Kita ingatkan apa benda la yang berdosa sangat telah dilakukan oleh bekas suami muda dia tu sebelum ini. Rupanya cerita pasal bab duit je. Itu pun dia nak kecoh satu Malaysia.
Jelas Abby, Tindakan undang-undang itu diambil kerana mahu lelaki itu tampil ke depan dan memulangkan semula wang yang digunakan untuk membeli sebuah kereta untuk bekas adik iparnya pada April lalu.
Kata jiwa nak mencari keredhaan Allah S.W.T. Jadi, kenapa dia tak halalkan sahaja duit yang dipinjam oleh bekas suami muda dia tu? Kan senang.
Sedekahkan aje duit yang bekas suami muda dia pinjam tu. Habis cerita. Lagi pun, Si Ostazah Pening tu lupa ke, sedekah ni boleh dapat Pahala? Atau, adakah Ostaz PAS pun lupa nak ajar dia tentang perkara tu? Mungkin sebab itulah dia meroyan!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.