Ahad, September 21, 2014

Dewan Ulama PAS menasihatkan agar PAS menerima kerusi Menteri Besar Selangor sekiranya istana memilih ADUN parti itu untuk menyandang jawatantersebut.

Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, PAS tidak sepatutnya bermusuh dengan istana apabila menolak keputusan istana itu.
"Dewan Ulama mencadangkan supaya kita terima apa jua keputusan yang akan dibuat oleh Sultan Selangor.
"Kalau diberi kepada PKR, PAS kena terima dan kalau tuanku beri kepada PAS, maka kita juga kena terima.
"Buat apa kita nak cari musuh lagi? Umno dah bermusuh, nak bermusuh dengan istana pulak. Itu pandangan saya yang cetek ini," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Pas ke-60, di sini, hari ini.
Sementara itu, beliau berpendapat Presiden tidak perlu mengikut keputusan mesyuarat ekoran Presiden itu memiliki kuasa pemutus bagi keadaan tertentu.
"Persoalan yang timbul dalam keputusan mesyuarat, sama ada ketua perlu ikut keputusan mesyuarat atau tidak, ada dua pandangan oleh ulama-ulama Islam iaitu perlu ikut dan tak perlu ikut.
"Setelah saya mengkaji kedua-dua pandangan, mengikut ijtihad saya yang cetek dan mengikut masa kini. Saya berpendapat bahawa ketua tak perlu ikut keputusan mesyuarat," katanya.
Beliau turut berpendapat, tiada peruntukan dalam perlembagaan parti yang menyebut bahawa Presiden perlu menuruti keputusan mesyuarat.
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping