Isnin, September 22, 2014

Gambar 'Azmin' tengah Rehearsal angkat sumpah???
Wah!!! Nampak gayanya teka - teki berkaitan dengan calon Menteri Besar Selangor yang akan angkat sumpah tu akan dapat diketahui umum hari ini.

Biarpun Majlis Angkat Sumpah bagi jawatan tersebut akan diadakan esok jam 10 pagi di istana Alam Shah, Klang, namun khabar angin kata pengumuman akan dibuat hari ini.

Sepanjang cuti hujung minggu yang lalu, rakyat Malaysia secara amnya masih lagi tertanya - tanya mengenai siapa yang bakal diangkat menggantikan Khalid Ibrahim.

Rakyat Selangor khususnya tampil dengan spekulasi serta persepsi sendiri terhadap calon - calon yang layak untuk mengisi jawatan tersebut dari kalangan puak - puak Pakatan.

Ianya berlaku selepas pihak istana Selangor mengeluarkan jemputan dan mengumumkan mengenai Majlis Angkat Sumpah tu kepada pihak media.

Walaubagaimana pun, mereka tidak mendedahkan siapa calon yang akan dinobatkan sebagai pengganti Khalid Ibrahim dan masih lagi merahsiakannya dari umum.

Dan keadaan itu juga turut membuatkan parti - parti berkaitan semakin berantakan diantara satu dengan yang lain. Masing - masing sibuk nak berebut kuasa.

Dalam satu laporan media, dikatakan bahawa surat watikah perlantikan bagi jawatan tersebut akan diserahkan kepada calon berkenaan hari ini (Isnin).

Namun, siapa calon yang akan dipilih belum lagi diumumkan. Ianya masih kekal menjadi rahsia pihak istana dan mereka yang terlibat dengannya.

Keadaan tersebut terus menjadi satu tanda tanya yang menyelubungi rakyat di Negeri Selangor sendiri. Ianya berkaitan dengan masa depan mereka.

Tetapi peersoalan mengenai siapa calon yang akan menggantikan Khalid Ibrahim tu hanya satu bahagian sahaja dari keseluruhan konflik yang melanda Selangor pada ketika ini. 

Soal yang lebih penting sekarang ialah sama ada perlantikan itu mampu atau tidak untuk menyelesaikan konflik kepimpinan di Selangor itu sendiri.

Adakah ianya mampu untuk membuatkan semua pihak akur dan berhenti berbalah serta kembali menjaga kebajikan rakyat? Atau kemelut itu akan terus berlarutan sehingga menjahanamkan masa depan rakyat? Korang fikir la sendiri!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping