Isnin, September 22, 2014

Alamak ai!!! Nampak gayanya Si Sam Ketot ni pun dah naik angin bila Hadi Awang dakwa dua orang ADUN PAS yang sokong Wan Azizah tu sebagai "Barua".

Dalam kenyataan yang dibuat oleh Si Sam Ketot tu semalam, dia menyifatkan tuduhan Hadi Awang tu sebagai satu tuduhan yang keterlaluan bila ianya melibatkan PKR.

Jelas Si Sam Ketot tu, tindakan yang dilakukan oleh Presiden PAS tu tidak mencerminkan akhlak seorang tokoh Ulama dan ianya dianggap melampaui batas.

Tapi dari satu sudut, Si Sam Ketot tu sendiri membuktikan bahawa dia seorang pemimpin yang MUNAFIK apabila menuduh Hadi Awang dengan label sedemikian rupa.

Si Sam Ketot tu terasa pulak 'Panas Punggung' apabila serangan ditujukan terhadap parti dia sedangkan sebelum ini dia boleh pulak buat dakwaan terhadap Hadi Awang.

Semua orang pun tau dengan perkara tersebut. Ianya telah diulangi oleh Si Sam Ketot tu bukan sekali, tapi dua kali dia buat tuduhan terbuka terhadap Hadi Awang.

Yang lebih peliknya ialah apabila Si Sam Ketot tu cuba nak 'menegakkan benang yang basah' apabila mendakwa tindakan dua ADUN tu dibuat sesuai dengan keputusan PAS.

Kata Si Sam Ketot tu, apa yang dilakukan oleh ADUN tersebut hanya melaksanakan keputusan mesyuarat ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat bertarikh 17 Ogos 2014.
"Justeru, melabelkan kedua-dua mereka sebagai 'barua' PAS tentunya mengiyakan pepatah Melayu - "Ibarat menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Heh! Nampak sangat Si Sam Ketot ni dah terlebih minum air ketum sampai dia sendiri hilang ingatan dan tak sedar diri bila buat kenyataan tersebut.

Dia lupa ke, dua orang ADUN tu menyokong Si Wan Azizah dan menandatangani Akuan Bersumpah (SD) pada 14 Ogos 2014, 3 hari sebelum mesyuarat? (Klik Sini)

Jadi, macam mana pulak Si Sam Ketot tu boleh kata diorang berdua bertindak melaksanakan keputusan mesyuarat sedangkan mesyuarat pun belum diadakan?

Nah!!! Sekarang nampak sangat la yang Si Sam Ketot tu yang 'Menepuk Air didulang terpercik ke muka sendiri'. Tapi yang lebih malangnya, Si Sam Ketot tu tepuk 'Air Kencing'. Tu pasal la dia meroyan tak tentu arah!!!
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping