Jumaat, September 19, 2014

Heh! Kan dah agak dah. Memang Si Chagubard ni akan terus menerus menyerang Si Azmin tu biar pun dia bakal dinobatkan sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Kali ini, ianya dijelaskan secara panjang lebar didalam laman blog milik dia sendiri yang turut menjelaskan agenda sulit Azmin sewaktu Pilihan Raya Umum yang lalu.

Katanya, Si Azmin tu telah berjaya mengawal keseluruhan calon yang bakal bertanding dalam PRU yang lepas dimana dia selitkan nama calon pilihan dia sendiri.

Malah, jelas Si Chagubard tu juga turut mendakwa akses kepada maklumat mengenai calon tersebut juga tidak diberikan kepada Si Ketua Penipu tu.
"Ketika parti (baca ; rakyat) hampir boleh menumbangkan BN, dia selaku Pengarah Pilihanraya telah menukar hampir kesemua calon ‘favourite’ sama digugurkan atau ditukar kawasan bertanding. 

"Tanyalah semua di peringkat Pimpinan Pusat termasuk Biro Politik, untuk dia memastikan calon – calonnya berjaya ditempatkan dia telah merahsiakan senarai calon malah Anwar Ibrahim sendiri punya masalah dengan akses kepada senarai calon yang terhad. 

"Ini telah menyebabkan keadaan huru hara saat akhir bila senarai calon bertukar. Bila keadaan kecoh akar umbi dan marah dia telah turun bertemu ramai pihak dengan menyalahkan ia semua kerja Ketua Umum dan inilah senjata yang digunakan ketika pemilihan."
Tidak cukup dengan itu sahaja. Si Chagubard ni juga turut menuduh Azmin sebagai seorang yang suka bermuka - muka, baik didepan tapi jadi duri dalam daging dibelakang.

Ini baru sebahagian dari tuduhan dan dakwaan yang dibuat oleh Si Chagubard tu terhadap Azmin yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR tu secara terbuka.

Persoalannya, adakah semua tuduhan yang dibuat oleh Si Chagubard ni ada asas yang kukuh dan boleh disahkan dengan bukti berkiatan? 

Atau, adakah ianya hanya sekadar fitnah jahat terhadap "Bakal" Menteri Besar Selangor tu semata - mata? Jika ianya sekadar fitnah, kenapa Si Azmin tu tak ambik tindakan? Bacul sangat ke dia sampai tak mampu nak pertahankan maruah sendiri!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Kesian tengok pariah cerita Tamil ni merapu. Padan muka! Kau bersubahat dan bermain dengan puak2 syaitan, kau terimalah padahnya.

    BalasPadam
  2. Azmin pergi umrah dah taubat,dia nak jadi baik dan tebus dasa kejahatan ketelanjuran yang telah dilakukan, i ampunkan azmin.

    BalasPadam
  3. Chagu Bard jealous le tu...Azmin mendapat tempat dan kedudukan didalam PKR sedangkan dia tewas didalam pilihanraya dan tiada jawatan dalam PKR kecuali menjadi ketua perusuh dan buat demo saja...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping