Khamis, September 11, 2014

PKR HANTAR CALON BEBAS??? Desas-desus bertiup kencang di Pengkalan Kubor mengatakan akan ada calon bebas masuk bertanding dalam pilihanraya kecil Pengkalan Kubor Sabtu ini.

Calon bebas tersebut mewakili ahli-ahli PKR kawasan tersebut yang kecewa selepas pemimpin PKR pusat memberikan kouta mereka kepada PAS.

Kumpulan tersebut difahamkan mendapat sokongan daripada pemimpin utama PKR Pusat untuk masuk bertanding sebagai calon bebas.
"Matlamat mereka bukan menang tapi mahu PAS 'berunding' dengan lebih sopan, bukannya memperbesarkan soal jentera PKR tak kuat berbanding jentera PAS di Pengkalan Kubor.
"Dengan calon bebas ini masuk... kita boleh tengok jentera siapa yang kuat..." ujar sumber yang layak dipercayai kepada Agendadaily.
Penamaan calon untuk PRK Pengkalan Kubor pada Sabtu dan hari pengundian pada 25 September ini.

Kerusi DUN Pengkalan Kubor adalah kerusi PKR sejak tahun 2004 lagi, ia diketegorikan kawasan hitam bagi PAS kerana hanya pernah menang sekali sahaja di situ iaitu pada tahun 1972.

Selain itu setiap PRU, BN menang kecuali tahun 1990, dimenangi oleh parti Semangat 46.

PKR baru-baru ini menyerahkan kerusi tersebut kepada PAS selepas diasak kononnya mereka tidak cukup 'kuat' bertanding di kawasan sempadan tersebut.

PAS dalam pada ini akan mengumumkan calon mereka dalam satu majlis khas Khamis malam di Kampung Geting Pengkalan Kubor.

Untuk rekod BN semalam juga mengumumkan calon mereka di Kampung Geting. Adalah dipercayai, Kampung Geting merupakan kawasan penting untuk 'ditawan' bagi menentukan siapakan pemenang PRK Pengkalan Kubor.

Mengenai cakap-cakap siapa calon PAS, risik-risik Agendadaily di Pengkalan Kubor mendapati sekurang-kurangnya ada tiga individu yang disebut-sebut layak jadi calon PAS selepas Ahli Parlimen PAS Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar menolak untuk bertanding DUN.

"Asalnya memang PAS Tumpat namakan Datuk KJ (Kamaruddin Jaafar) sebab dalam PRU13, biarpun calon PKR kalah di DUN Pengkalan Kubor tetapi Datuk KJ menang 400 undi.

"Sebab itu PAS Tumpat namakan dia untuk jadi calon, tapi Datuk KJ tolak dan cadangkan supaya pimpinan di Dun Pengkalan Kubor diberi peluang.

"Jadi setelah dinilai, Wan Rosdi merupakan calon terbaik sebab dia mesra dengan penduduk setempat dan merupakan anak tempatan," kata sumber tersebut dipetik Awani.

Difahamkan nama penyelia PAS DUN Pengkalan Kubor Wan Rosdi Wan Ibrahim merupakan calon utama PAS selepas Datuk KJ.
Categories: , ,

2 ulasan:

  1. Eloklah tu PAS boleh tambah jelas PKR ni jenih apa. Anwarinas pun boleh sontot PAS dgn bg sokongan kpd pkr.

    BalasPadam
  2. bukan pkr bagikan kouta kepada pas. salah tu. PKR PULANGKAN semula benda yg dia pinjam dari PAS. ayat biar betul jgn pusing pusing

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping