Khamis, September 25, 2014

Bekas Exco Selangor, Iskandar Samad hari ini menegur DAP kerana masih mempertikaikan penyertaan 4 exco PAS dalam Rejim Khalid Ibrahim yang lalu sungguhpun Menteri Besar Selangor yang baharu sudahpun dilantik.

Katanya, empat exco PAS bertindak demikian bagi memastikan Selangor kekal di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat sekali gus mengelakkan pilihan raya negeri (PRN) mengejut diadakan.
"Jika empat orang exco juga letak jawatan, (bermakna) kerajaan negeri juga telah tumbang. Mungkin akan berlaku pilihan raya negeri. 
Empat exco terus pertahan polisi dan prinsip Pakatan Rakyat di dalam kerajaan negeri Tan Sri Khalid di Selangor," ujar Iskandar menerusi aplikasi WhatsApp kepada Antarapos.
Khalid sebelum ini bertindak memecat enam exco berkenaan atas alasan mereka cuba 'mengurangkan kecekapan' pengurusan kerajaan negeri.

Iskandar menegaskan Guan Eng tidak perlu toleh ke belakang dan seharusnya pandang ke depan bagi memastikan Selangor terus maju dan berdaya saing.
"Lim Guan Eng sepatutnya bawa semangat baru ke hadapan. Bukannya memandang ke belakang," tambahnya.
Seorang lagi Bekas exco Selangor, Sallehen Mukhyi yang ditemui pemberita selepas istiadat pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu di Istana Alam Shah menyifatkan Guan Eng sebagai tidak memahami Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.
"Guan Eng tidak faham Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Jadi pada ketika itu yang ada adalah Umno -BN kalau kita tidak ada, MB boleh pilih empat orang daripada Umno untuk jadi exco.
"Jadi sebab itu saya mengatakan bahawa empat orang exco ini sebenarnya walaupun dituduh sebagai pengkhianat tapi sebenarnya kami adalah benteng terakhir untuk selamatkan kerajaan Pakatan Rakyat," kata Sallehen ringkas kepada pemberita yang menunggu hampir tiga jam di perkarangan Istana Alam Shah.
PS: Kesimpulannya, Si Guan Eng tu sekarang ni dah pandai 'Main Belakang' sejak dia berkawan dengan PKR!!! Dia dah mula terasa diri dia TERLALU HEBAT. Maka, sebab itu la dia berani balun PAS kaw-kaw!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Anwar dan anak buahnya sering mengelirukan rakyat yang dirinya dipilih secara populis. Perangai seperti ini juga ditunjukkan oleh beberapa peguam malah oleh pensyarah. Niat jahat untuk hancurkan keharmonian negara begitu mendalam. Ingat lagi kata rafizi berkaitan niat memusnahkan, biarlah kerajaan PR tumbang di Selangor asalkan Khalid terdingkir. Perangai memusnah atau vandallism menebal dalam diri mereka.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping