Isnin, September 29, 2014

Tun Dr Mahathir Mohamad berharap pelantikan Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu diterima majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor bagi menamatkan krisis politik berpanjangan di negeri itu.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau bimbang kemungkinan Azmin berhadapan undi tidak percaya pada sesi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang jika pelantikannya tidak disenangi majoriti Adun Selangor.
"Saya harap apabila Dewan bersidang, majoriti akan sokong Azmin.Kalau majoriti tak sokong Azmin, akan berlaku undi tidak percaya. Jadi nanti kita kena cari menteri besar baharu lagi," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada karnival Proton di sini, Ahad.
Kebimbangan itu dilihat berdasarkan perkembangan terkini politik Selangor apabila PAS kehilangan satu jawatan Exco dalam Kabinet baharu Azmin.

Jumlah ahli Exco PAS dikurangkan daripada empat sebelum ini kepada tiga orang, manakala jumlah Exco dari PKR bertambah daripada tiga kepada empat orang.

Tindakan Azmin itu ternyata menimbulkan rasa tidak senang di kalangan wakil rakyat PAS walaupun parti itu dijanjikan jawatan Timbalan Speaker DUN.

Mengulas mengenai nasib yang dihadapi PAS dibawah kerajaan negeri pimpinan Azmin, Dr Mahathir berkata, menteri besar baharu itu mempunyai hak untuk menentukan jumlah Exco dalam Kabinetnya.
"Itu hak Menteri besar, kalau beliau nak tambah boleh, nak kurang pun boleh.Kalau beliau fikir wakil PAS dalam kabinet mencukupi, beliau tak perlu berpegang (ikut) kepada dahulu (jumlah kabinet)," katanya.
PS: Dalam erti kata mudahnya, usah la PAS nak meroyan tak tentu arah!!! Terima je la kenyataan seadanya. Jangan diikutkan sangat perangai Hodoh Pakatan tu!!!
Categories:

3 ulasan:

  1. he..he.. hodoh nya kita orang saja yang tahu ! kadangkala sedar diri hodoh, tapi di sebab penyokong2 hodoh tertipu, perkara hodohbodoh pun berlarutan...

    Mancing dalam kolam taik, ikan sembilang dan haruan besar-besar belaka, jual, orang tak tahu.... wow !

    BalasPadam
  2. yg akan berlarutan bukan dalam PR, tp dipihak musuh PR yg akan terus berusaha terus menerus utk menyerang azmin.. percaya lah

    BalasPadam
  3. musuh Azmin yg plg. bahaya ialah MUSUH DLM SELIMUT(musuh dlm PR)..beringat & berhati hatilah AA..depa dok tunggu masa shj nak cah keting AA..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping