Jumaat, September 12, 2014

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah meminta Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Sebaliknya beliau hanya memberi contoh dirinya bahawa beliau akan meletak jawatan jika dilantik sekali lagi sebagai perdana menteri.

"Jika mereka melantik saya semula sebagai PM, saya akan letak jawatan kerana saya sudah melepasi masa...saya dah tua,”  katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku ‘#WahaiMelayu’ karya Anas Zubedy, di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian bagi mengulas laporan oleh sebuah portal berita semalam yang memetik beliau sebagai berkata bahawa beliau akan meletak jawatan jika menjadi perdana menteri pada hari ini, yang seolah-olah merujuk kepada Najib.

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir telah menasihatkan perwakilan Umno peringkat bahagian yang sedang mengadakan persidangan ketika ini supaya menegur pemimpin jika pemimpin tidak melakukan perkara yang betul.

"Kadang-kadang pemimpin perlu dikritik. Dalam bahasa Melayu kita panggil menegur. Apabila ada seseorang melakukan melakukan sesuatu yang anda fikir salah, anda perlu mempunyai hak untuk menyatakan ia bersalah,” katanya.

Ditanya jika beliau akan menghadiri Perhimpuann Agung Umno bulan hadapan, katanya beliau akan hadir sebagai ahli Umno.

Sementara itu, mengulas cadangan mengkaji dan menghapuskan Akta Hasutan 1948, Dr Mahathir berkata pelaksanaan akta itu dengan baik adalah penyelesaian kepada masalah.

"Memansuhkan akta itu bukan satu penyelesaian tetapi menggunakan akta itu dengan cara yang betul merupakan penyelesaian. Saya tidak tahu, terpulang kepada mereka...mereka yang melakukan pendakwaan, bukan saya,” katanya.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. pembangkang masih juga otek2 pada kelurusan hati budi dr mahathir yg istikamah mahu lihat malaysia/
    n sehat he he. mana tau otek2 tu kasi sakit melainkan geli geleman ja hu hu

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping