PKR hari ini menafikan laporan akhbar berbahasa Ingeris yang mengatakan parti berkenaan telah menghantar nama Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, sebagai calon baru Menteri Besar Selangor, secara 'risikan'.
Setiausaha Agungnya berkata PKR tidak pernah berhubung secara tidak rasmi dengan Istana Selangor berhubung isu pencalonan Menteri Besar.
"Setiap komunikasi parti dengan istana dibuat secara rasmi dan terus oleh pimpinan PKR melalui surat. Begitu juga dengan perbincangan bersama parti-parti komponen Pakatan Rakyat, yakni melalui mesyuarat - mesyuarat rasmi," katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.
New Straits Times hari ini menerbitkan sebuah artikel bertajuk ‘PKR now pushing for Azmin to become MB’ dengan hanya berpandukan maklumat daripada 'sumber'.
Laporan yang ditulis Syed Umar Ariff dan Hana Naz Harun mendakwa PKR menghantar "feelers" atau merisik pihak Istana secara tidak rasmi berkaitan isu Menteri Besar Selangor yang baharu.
Sumber yang diperolehi itu juga turut memberitahu maklum balas yang diterima daripada Istana terhadap pencalonan yang dibuat setakat ini adalah positif.
Artikel itu turut membutirkan langkah menamakan Azmin sebagai pilihan yang terbaik bagi menyelesaikan kemelut yang telah menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor, sebelum ini.
Akhbar itu juga memetik sumber sebagai berkata, pencalonan dan pelantikan Azmin sekurang-kurangnya dapat meredakan krisis antara parti dan istana Selangor.
PKR dan DAP sebelum ini masih berdegil untuk menghantar nama Wan Azizah sebagai calon tunggal bagi menggantikan Khalid Ibrahim kepada Sultan Selangor.
Sementara PAS menuruti titah baginda dengan menghantar lebih daripada dua nama. Natijahnya, sultan pada Isnin lalu menzahirkan rasa dukacita baginda terhadap PKR dan DAP.
PS: Ai! Takkan nafi je Siputdin oi!!! Kalau laporan yang dibuat oleh NST tu tak betul, kenapa tak ambik tindakan? Saman la akhbar tu. Jangan setakat cakap je!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.