Rabu, Oktober 15, 2014

Huh! Macam dah tak de kerja lain gamaknya puak - puak Anak Muda Kecoh ni. Tak cukup ke orang melabelkan mereka dengan tagline, Anak Muda Demo? Sekarang sibuk nak selak kain orang pulak?

Dalam satu kenyataan media, puak - puak AMK Selangor sebelum ini mempertikaikan tindakan disiplin menggantungkan keahlian dua orang ADUN PAS kerana menyokong Wan Azizah.

Maka tindakan mereka dianggap sebagai satu tindakan yang BIADAP oleh Ketua Pemuda PAS Selangor seolah - olah tidak menghormati keputusan yang telah dibuat.
"Pemuda PAS Selangor ingin menegaskan bahawa AMK Selangor tidak perlu masuk campur urusan dalaman PAS. Ini jelas tidak menghormati semangat setia kawan yang dipupuk selama ini sejak persefahaman Pakatan Rakyat wujud.
"Kami mengharapkan AMK Selangor menarik semula kenyataan mereka yag disiarkan dalam portal-portal berita versi internet bertarikh 12 Oktober 2014 yang bertajuk ‘AMK kesal dua adun barua digantung'.
"Kami menyokong penuh keputusan PAS Pusat yang sangat bertepatan dalam memperkukuhkan parti. Dua ADUN PAS itu jelas mengkhianati PAS dan tindakan mereka itu telah diterjemahkan dalam Muktamar PAS Pusat baru-baru ini.
"Kenyataan AMK sangat tidak berpijak kepada realiti, memalukan serta memperlekehkan usaha PAS mempertahankan kualiti dan ketaatan kepada arahan parti yang selama ini menjadi dokongan setiap ahli dalam PAS.
"AMK Selangor perlu perhalusi dengan cermat kata-kata yang boleh membina rakan politik. Bukan bertindak keanak-anakan membelasah rakan politik dengan mengeluarkan kenyataan tidak bersetuju secara umum kerana setiap komponen Pakatan Rakyat punyai masalah tersendiri. Begitu juga dengan PKR yang popular dengan tindakan ‘sepakan tong undi’ setiap kali berlangsung mesyuarat agung pemilihan," katanya lagi.
Semua orang sedia maklum. Sewaktu proses pemilihan parti diadakan sebelum ini, beberapa orang ahli PKR telah digantung keahlian mereka oleh Lembaga Disiplin tanpa alasan yang munasabah.

Yang digantung pulak hanya kerana mereka mendedahkan kepincangan serta penyelewengan yang berlaku dalam proses pemilihan. Adakah tindakan itu wajar dilakukan?

Kenapa pada waktu itu puak - puak Anak Muda Kecoh ni hanya mendiamkan diri dan lansung kecut buah kerandut untuk bersuara serta membantah tindakan yang dilakukan?

Jika dalam parti diorang sendiri pun diorang tak mampu nak buat apa - apa, jadi adalah lebih baik diorang jangan sibuk nak masuk campur hal orang lain. Baik diorang duduk diam - diam, main dengan telor masing - masing lagi baik!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping