Rabu, Oktober 15, 2014

Tiga ahli Umno Bahagian Maran, Pahang dipecat kerana didapati melanggar disiplin parti dan mempunyai dua keahlian iaitu Umno dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato' Onn di sini, petang Selasa.

"Pemecatan mereka berkuatkuasa serta merta. Salah seorang daripada mereka dipecat atas kesalahan berceramah di atas pentas PKR, manakala dua lagi didapati bersalah kerana memegang keahlian dalam dua parti berbeza," katanya.

Najib berkata, keputusan yang telah dibuat sebelum ini oleh Lembaga Disiplin UMNO untuk memecat ketiga-tiga mereka telah disahkan oleh Majlis Tertinggi Umno.

PS: Memang patut pun UMNO ambik tindakan tegas terhadap ahli - ahli yang mengkhianati parti ni. Jangan biarkan mereka terus merosakkan parti dari dalam.

Ahli - ahli parti yang khianat ni seumpama 'Sesumpah' dan 'Chameleon' yang wujud hanya sekadar untuk ambik kesempatan. Diorang ni ibarat 'Kacang Lupakan Kulit'.

Tapi, takkan UMNO setakat berani nak ambik tindakan pada ahli diperingkat bawahan je ye tak. Kenapa tak dipecat Si Saifuddin Abdullah tu sekali? Makin hari makin semak pulak tengok gelagat dia yang "Lebih PKR dari PKR sendiri"!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping