Usaha Si Ketua Penipu tu untuk mendapatkan sokongan antarabangsa dalam kes liwatnya menunjukkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menggelabah menjelang keputusan Mahkamah Persekutuan pada akhir bulan ini.
Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Seri S. Nallakaruppan berkata, Si Ketua Penipu tu sepatutnya lebih tenang kerana mahkamah telah memberi pelbagai ruang dan untuk dia mempertahankan diri sehingga perbicaraan kes liwatnya ditangguhkan puluhan kali.
Nalla juga turut mengingatkan Si Ketua Penipu tu bahawa keadilan bukanlah hak milik esklusifnya sehingga orang lain tidak berhak menerimanya.
"Adakah pengadu kes liwat, Mohd. Saiful Bukhari Azlan tidak berhak mendapat keadilan, biarlah mahkamah membuat kata putus.
"Tindakan Anwar yang berlari ke sana sini mendapatkan sokongan antarabangsa memberi isyarat dia seperti sudah tahu nasibnya. Jika tidak, kenapa dia menggelabah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan portal berita The Sydney Morning Herald (http://www.smh.com.au) pada Jumaat lalu berhubung kritikan Anwar terhadap kerajaan Autralia berikutan pendirian negara itu yang enggan campur tangan dalam urusan kehakiman di negara ini.
Menurut laporan itu, Anwar berada di Jakarta, Indonesia untuk mendapatkan sokongan Australia menjelang rayuan terakhir kes liwat membabitkan beliau di Mahkamah Persekutuan pada 28 Oktober ini.
Dalam pada itu, Nallakaruppan memuji pendirian Australia yang enggan campur tangan dalam kes liwat Anwar dan menyifatkan negara itu telah membuat keputusan yang tepat.
"Dulu bolehlah, negara lain belum dapat maklumat yang tepat. Sekarang semua orang tahu, sebab itu saya tidak pelik dengan pendirian Australia," katanya.
Mengulas lanjut, Nalla turut menyelar tindakan Si Ketua Penipu yang hanya menerima keputusan mahkamah secara berpilih iaitu yang berpihak kepadanya. Katanya, sikap itu agak 'melucukan' kerana Si Ketua Penipu tu juga galak menyaman pihak yang tidak sehaluan dengannya.
Bang Non menghitung hari. Entah apa tektik yang nak dia buat utk tangguhkan lagi. Aku rasa dia akan gune tektik ketua peguam dia tengah semput. Diharapkan tok hakim yang arif dapat patahkan trick si penipu tu kali ni......The Bamboo resort amat merindui kehadiran Ban Non Al-Juburi bak pungkok rindukan bulan...kahkahkah....
BalasPadam