Selasa, Oktober 07, 2014

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali akan meneliti semula status siasatan jawatankuasa khas yang ditubuhkan Khalid Ibrahim bagi meneliti isu pemecatan lebih 20 bekas pekerja PKNS Holdings, awal tahun ini.

Bekas MB Selangor itu katanya pernah berjanji untuk mendedahkan hasil siasatan dalam masa tiga bulan, namun sehingga September yang lalu, jawatankuasa itu masih gagal mengumumkan dapatannya, ujar Azmin.
"Saya kena lihat dahulu. Saya difahamkan Khalid ada menubuhkan satu Jawatankuasa Khas untuk siasat perkara itu, tapi saya kena tahu apakah hasil daripada siasatan itu, sebabnya sudah terlalu lama.
"Dahulu janji dua minggu, tapi sekarang sudah melebihi enam bulan. Kita perlu berlaku adil kepada pekerja dan pegawai yang terlibat," katanya yang ditemui pemberita di Majlis Kesyukuran dan Sambutan Aidil Adha bersama Menteri Besar di Taman Keramat, pagi tadi.
Khalid ketika meluluskan pemecatan lebih 20 bekas pekerja PKNS Holdings itu berkata langkah itu terpaksa diambil bagi mengelakkan pertindihan tugas dan sebagai tidak memperbaharui kontrak mereka.

Sebaliknya bekas Pengurus Pemasaran PKNS Holdings, Dr Alif Aiman Abdullah berkata ketika mereka dipecat kebanyakan kontrak kerja mereka masih berbaki sekurang-kurangnya 20 bulan.

Dr Alif juga menafikan pertindihan tugas seperti yang didakwa Khalid, kerana pada awal penyertaannya dalam PKNS Holdings, beliau diberitahu PKNS bahawa mereka tiada kepakaran-kepakaran tertentu.

Atas sebab itulah beliau dan rakan-rakan yang lain diserap masuk ke syarikat itu, kata Dr Alif. Malah media turut melaporkan pemecatan lebih 20 bekeas pekerja PKNS Holdings itu disebabkan mereka dikatakan 'kroni Azmin'.

Umum mengetahui, Khalid dan Azmin mempunyai hubungan yang kurang elok lantaran kedua-dua mereka saling berbalas kritikan bersabit isu-isu pentadbiran di Selangor.

Malah Azmin sendiri dikatakan menjadi mangsa percaturan politik Khalid apabila dipecat sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS. Khalid menafikan perkara itu dan berkata keputusan pemecatan Azmin dibuat Pengurus Besar PKNS, Othman Omar.

Othman kemudiaanya diarah bersara awal selepas beliau menafikan mengarahkan Azmin dipecat. Setiausaha Kerjanya Norita Mohd Sidek dalam satu kenyataan media memberitahu keputusan memecat Azmin adalah dibuat oleh Khalid.

Natijahnya, Norita dikenakan tindakan tatatertib dan dipaksa berpindah ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Sehingga kini nasib Norita dan lebih 20 bekas pekerj PKNS Holdings itu tidak diketahui.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. tak kan la ini jer kerja MB...???? apa yg dah di buang, diambil balik......banyak lagi sebenarnya kerja MB selangor ni.....especially dlm masalah ekonomi dan level quality of life rakyat selangor.....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping