Mereka dianggap tidak peka dan sengaja mahu menimbulkan perkara yang remeh-temeh serta tidak penting langsung kepada rakyat berbanding 'tekanan' yang sedang dihadapi oleh Pakatan Rakyat, NGO dan rakyat Malaysia yang menyokong Pakatan Rakyat.
PKR dan DAP sekarang ini melihat PAS sebagai musuh utama mereka. Tindakan PAS yang enggan bersetuju dengan semua rancangan PKR dilihat sebagai budaya tikam belakang dan mengkhianati Pakatan Rakyat walaupun PAS secara berulangkali menegaskan mereka tidak akan meninggalkan Pakatan Rakyat.
Walaupun kepimpinan PAS yang melaksanakan bantahan ke atas Oktoberfest itu merupakan pemimpin lapisan kedua yang dilihat lebih rapat dengan golongan muda, PKR dan DAP mengesan bahaya yang lebih besar kerana sekiranya bantahan tersebut menular di dalam masyarakat muda yang menyokong Pakatan Rakyat sebelum ini, DAP dan PKR akan kehilangan segala-galanya.
Justeru itulah, Eric Paulsen serta Lawyers for Liberty mengambil inisiatif memperkecil-kecilkan dan memperlekehkan usaha Nik Abduh dan Nasruddin Tantawi dengan persepsi, perkara membabitkan Pakatan Rakyat jauh lebih besar berbanding Oktoberfest.
PS: Mungkin bagi Si Eric Pulsen tu, pesta seperti Oktoberfest tu satu perkara yang remeh. Sedangkan dalam Islam ianya mengundang bahaya Besar.
Tapi kita tak heran sebab Si Eric tu tu memang Kafir Harbi. Dia bukan faham sangat pasal Islam. Yang kita herannya, masih ada orang Islam yang tak faham - faham!!! Lepas tu ada hati nak salahkan orang lain pulak!!! - seterusnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.