Lepas satu persatu rasia yang berkaitan dengan Si Azmin tu didedahkan kepada umum. Semuanya berkisar mengenai kerakusan kuasa yang dimiliki oleh Si Timbalan Presiden PKR tu.
Pelbagai amaran sudah pun diberikan oleh pemimpin - pemimpin kana PKR termasuk email berbaur ugutan yang dihantar oleh Si Rafizi kepada Si Ketua Penipu sebelum ini. (Klik Sini).
Kini tiba giliran Si Chagubard pula mendedahkan gerakan rampasan kuasa sedang diatur oleh Si Azmin Ali tu menjelang hari - hari terakhir Si Ketua Penipu tu sebelum dihumban ke penjara.
Kata Si Chagubard, Si Azmin tu pada ketika ini sedang menghitung hari untuk mengambil alih PKR dan menanti keputusan perbicaraan kes liwat Si Ketua penipu tu pada 28 Oktober nanti.
Katanya lagi, Si Azmin tu akan membawa 'Kartel' barunya untuk menguasai seluruh kepimpinan parti dan menghapuskan mereka yang tak sehaluan melalui 'pembunuhan karakter'.
"Kesimpulannya jika Anwar ditahan PKR akan dikuasai Azmin cuma mengecil sedikit kerana yang bukan 'kartel' akan dipancung. Namun jika Anwar bebas PKR akan bertembung hebat diantara kartel Azmin dan penyokong Anwar dan Azizah, maka parti itu akan sudah tentu PR akan terjejas teruk," ujarnya.
Persoalannya, adakah Si Azmin tu hanya akan mendiamkan diri sedangkan dalam masa yang sama, kesetiaan dan kredibiliti serta integriti dia menjadi bahan pertikaian pada ketika ini?
Tak berani ke dia nak ambik tindakan dan memfailkan saman terhadap pendedahan yang dibuat oleh Si Chagubard tu demi untuk menjaga maruah dan nama baiknya sendiri?
Tapi, sebelum dia nak ambik sebarang tindakan, Si Azmin tu perlu ingat kata - kata dia sendiri. Dia pernah suatu ketika dahulu memberi amaran kepada Si Ketua Penipu tu secara terang - terangan.
Kata Si Azmin selepas Pasca Pilihan Raya Umum yang lepas, Politik mengheret rakyat ke jalan raya demi membela isu yang berkaitan dengan masalah peribadi perlu dihentikan.
Malah, Si Azmin tu juga pernah mengingatkan kepada kepimpinan PKR yang pada ketika itu masih lagi diterajui oleh Wan Azizah supaya menghentikan Politik Kronisme dan Nepotisme dalam parti.
Kenyataan tersebut menggambarkan bahawa Si Azmin ni memang ada niat nak mengambil alih PKR dan menjadi seorang Pengkhianat dimasa akan datang. Tapi malangnya, orang macam tu la yang disayang sangat dek puak - puak PKR tu. Penyudahnya nanti, diorang jugak yang akan kena jual!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.