Jumaat, Oktober 31, 2014

Halamak ai!!! Memang masak kari la Si KetuaPenipu tu dibuatnya hari ini bila tiba giliran pihak pendakwa pulak yang membentangkan hujah didalam Mahkamah Persekutuan.

Jika sebelum ini, pihak pembelaan yang diwakili oleh barisan peguam upahan Si ketua Penipu tu saja yang membentangkan hujah mereka dihadapan panel 5 orang Hakim.

Dan sejak tiga hari yang lepas, peguam - peguam Si Ketua Penipu tu hanya mampu membentangkan hujah serta mempertikaikan bukti yang sudah pun dibahaskan sebelum ini.

Tidak ada fakta baru pun yang ditampilkan. Malah, mereka juga masih GAGAL untuk membuktikan bahawa perlakuan liwat diantara Si Ketua Penipu tu dengan Saiful tidak berlaku.

Sebaliknya, dalam hujah yang dibentangkan oleh mereka sejak Selasa lepas hanya menjurus kepada kemungkinan perlakuan liwat itu tidak dilakukan atas dasar paksaan sepertimana yang dilaporkan.

Barisan peguam Si Ketua Penipu tu hanya cuba menegaskan bahawa perlakuan liwat itu tetap berlaku tetapi dalam keadaan consensual atau dalam erti kata lain 'Suka Sama Suka'.

Maka hari ini tiba la giliran pihak pendakwaan pulak yang akan mengambil tempat untuk berhujah dan menyanggah semua dakwaan yang telah dibuat oleh peguam Si Ketua Penipu tu.

Dalam kenyataan yang dibuat kepada pihak media, Ketua pasukan pendakwaan berkata mereka memerlukan masa untuk meneliti penghujahan yang begitu panjang, namun yakin dapat melakukannya.

Selain itu, Tan Sri Muhammad Shafee juga turut yakin bahawa dalam pembentangan hujah yang akan dibuat hari ini sambil menyindir kenyataan yang telah dibuat oleh Si Ketua Penipu tu.
“Memanglah dia yakin menang. Anda harus yakin dengan kes dan hujah sendiri. Itulah tujuan prosiding rayuan dilaksanakan oleh mereka. Kalau tidak yakin, tak bermaknalah sesebuah rayuan.
“Maka, samalah juga dengan kami (pihak pendakwa). Kami juga yakin dalam pembentangan hujah kami. Dalam sesebuah perkara sentiasa ada sisi. Kami boleh menjawab semua isu yang diketengahkan oleh pihak pembelaan itu,” ujar Shafee.
Dengar - dengar kata, pihak Pendakwaan akan turut membentangkan hujah baru didalam kes tersebut bagi menguatkan lagi pendakwaan terhadap Si Ketua Penipu tu. Jika benar seperti apa yang dikhabarkan, sudah tentu Si Ketua Penipu tu tak senang duduk dibuatnya!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Last last sekali peguam Anwar AlJuburi akan mengemukakan bukti baru..bahawa tuduhan liwat ini adalah konsprirasi UMNO untuk menjatuhkan kredibeliti dia sebagai Ketua Umum Pakatan Pembangang.

    BalasPadam
  2. Sendiri sedap dah tu salahkan umno. Dia sedap umno yyg salah. Kes ni anwar dgn saiful ke anwar dgn umno. Tubyg tak faham

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping