Isnin, Oktober 27, 2014

Alahai! Gagaharu cendana pulak SI Hadi Awang ni. Pandai pulak dia nak bersandiwara dengan orang ramai dan mempersoalkan mengenai pertubuhan PASMa (sebut PASMa-Cai) tu.

Dia dah tau dah apa sebab dan tujuan PASMa-Cai tu. Tapi kenapa dia masih lagi nak mempersoalkan mengenai hala tuju pertubuhan tersebut didalam sidang media?

Kata Si Hadi Awang tu, matlamat dan tujuan asal penubuhan badan NGO tersebut tidak pernah dimaklumkan kepada PAS terlebih dahulu. Maka matlamatnya tidak diketahui.
KUALA TERENGGANU: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) adalah di luar pengetahuan pihaknya dan beliau sendiri masih kabur dengan matlamat penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) itu.

"Kita tak tahu lagi, kita pun tak tahu Pasma ini dari spesies mana," katanya kepada pemberita selepas membuat penggulungan serta menutup Seminar Sambutan Hari Hududullah Peringkat Negeri Terengganu di sini, Ahad.

Beliau turut membidas Pasma yang mempertikaikan keputusan Majlis Syura Ulama (MSU) PAS berhubung larangan ke atas ahli parti itu menyertai pertubuhan tersebut.

Beliau berkata tindakan MSU berhubung perkara itu kerana wujud aduan di negeri-negeri mengenai salah laku anggota pertubuhan terbabit termasuk berkempen kepada ahli PAS supaya jangan menghadiri mesyuarat peringkat cawangan parti berkenaan.


Beliau mengulas isu pertembungan antara MSU PAS dengan Pasma yang semakin serius berikutan kenyataan Presiden Pasma, Datuk Phahrolrazi Zawawi bahawa majlis tersebut tidak berhak melarang ahli PAS menghadiri program Pasma.
Nah! Maknanya penubuhan PASMa-Cai secara zahirnya memang Haram la ye tak? Biarpun ianya diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan? Jadi, apa lagi yang PAS tunggu? 

Kenapa sehingga hari ini diorang masih tidak mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dalam pertubuhan tersebut? Kenapa orang macam Si Phahrolrazi tu dibiarkan begitu sahaja? Kalau setakat cakap je, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!

- Seterusnya...
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping