Kalau dah terlajak kata tu, memang payah la bagi orang seperti Si Khalid Samad ni nak tarik balik kata - katanya. Maka terpaksa la dia cari helah untuk menutup kemaluan dirinya sendiri.
Dalam satu tulisan yang disiarkan melalui blog Si Khalid Samad ni, jelas kita dapat lihat usaha dia untuk mengalihkan kesalahan tu terhadap orang lain. Terutama kepada UMNO/BN.
Hanya itu sahaja caranya untuk Si Khalid Samad tu menutup kemaluan dirinya yang sebelum ini terdedah kepada umum. Caranya ialah menunding jari dan menyalahkan orang.
Kata Si Khalid Samad, isu berkaitan dengan program aktivis, 'I Want To Touch A Dog' hanya sekadar satu teori konspirasi yang sengaja dicetuskan untuk mewujudkan perbalahan diantara kaum.
Kononnya, isu itu sengaja dijadikan sensasi untuk melaga - lagakan umat Islam dengan mereka yang bukan Islam berdasarkan agenda tertentu. Tapi, dia tak jelaskan agenda tersebut.
Secara umumnya, semua orang tau, pihak penganjur program tersebut bukannya dari kalangan orang yang bukan Islam. Jadi, kenapa pulak Si Khalid Samad tu nak kata ianya teori untuk melaga - lagakan umat Islam dengan Bukan Islam?
Itu satu persoalan yang perlu dijelaskan. Persoalan kedua yang memang sudah menjadi satu rahsia umum ialah mengenai penglibatan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam program tersebut.
Kalau ikut kata Si Khalid Samad, program tersebut mendapat kelulusan dari pihak MAIS. Maka soal Khalid, adakah pihak MAIS juga terlibat dalam teori konspirasi yang dimaksudkan?
Kan nampak sangat yang Si Khalid Samad ni sendiri tak baca kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan oleh MAIS. Mereka sendiri mengakui bahawa mereka terpedaya dengan agenda sebenar pihak penganjur.
MAIS dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa pihak mereka tidak dimaklum lansung mengenai sebarang aktiviti menyentuh anjing tanpa sebab didalam program tersebut.
Jadi, untuk apa lagi Si Khalid Samad tu nak heret nama MAIS dalam program tu sedangkan kenyataan mengenainya sudah dikeluarkan oleh pihak mereka? Ianya tak masuk akal.
Apa yang pasti, tindakan Si Khalid Samad tu hanya dilihat cubaan untuk memanaskan keadaan yang dia sendiri sebut. Dia yang cuba nak melaga - lagakan umat Islam dengan bukan Islam. Tapi seperti kebiasaan, dia hanya akan tuduh orang lain!!!
Gelaran 'Khalid Gereja' sudah pasti di bagikan kepada Khalid bukan secara sia-sia.
BalasPadammuka pun berserabut...dah takde nur...hati berkarat....
BalasPadam