Pensyarah Pusat Pengajian Sains Sosial Universiti Sains Malaysia Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata PAS kini berdepan dengan ‘musuh-musuh’ politik dalaman parti kerana mereka secara terbuka enggan patuh kepada pucuk pimpinan tertinggi yang diterajui golongan ulama termasuk (presiden) Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“(Ia) satu lagi bentuk pecah dan perintah (yang cuba diterapkan dalam PAS). Mereka (Pasma) nak bentuk parti dalam parti, puak dalam puak dan cuba nak memecahkan tradisi kepimpinan (ulama) dalam PAS,” katanya kepada Bernama di sini, pada Jumaat.
Akhbar hari ini melaporkan perkembangan PasMa ketika ini amat mengejutkan apabila banyak permohonan untuk menyertai badan bukan kerajaan (NGO) itu di Terengganu berbanding negeri lain.
Ahmad Atory turut berpendapat penubuhan Pasma sebagai ‘langkah’ yang diambil Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menguasai PAS secara halus dan berselindung di sebalik anggota-anggota PAS yang kini tidak lagi sehaluan dengan ideologi Islam acuan PAS.
“(PKR) menggunakan Pasma ini sebagai satu alat untuk mempengaruhi anggota-anggota PAS (yang berideologi Islam) supaya bersetuju dengan ideologi PKR.
“Mereka (PKR) menggunakan Pasma dan mempengaruhi golongan bukan Melayu iaitu DAP supaya DAP dan bukan Melayu lebih percaya kepada PKR dan Pasma. Mereka tak yakin dengan PAS sebab PAS bertunjangkan Islam,” katanya.
PS: Sewajarnya unsur - unsur khianat didalam parti ni perlu ditangani sebelum ianya menjadi barah. Sama jugak la dalam UMNO.
Jangan dipandang remeh mereka yang selama ini hanya sekadar menjadi 'Duri Dalam Daging' dan 'Musuh Dalam Selimut'.
Hakikatnya, mereka yang mempunyai sikap sedemikian bukannya nak berjuang demi kepentingan rakyat. Sebaliknya, hanya untuk kepentingan diri sendiri.
Orang macam ni jangan diberi muka sangat. Diorang ni jenis manusia yang memang tak de kemaluan. Muka je jadi orang UMNO, tapi jiwanya berpaksikan PKR dan Pakatan. Orang macam ni patut dirembat keluar!!!
Kalau orang PAS sokong cara kepimpinan PKR dan DAP, kenapa tak keluar PAS dan masuk je PKR dan DAP. Kenapa nak tukar PAS jadi PKR atau DAP?
BalasPadamLain parti lainlah perjuangannya. So, kalau perjuangan dah tak sama, pegilah masuk parti pilihan hati...