Isnin, Oktober 06, 2014

Tiada sebab bagi bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang.

Demikian kenyataan yang telah dibuat oleh bekas Setiausaha Politiknya, Faekah Husin yang turut menjelaskan bahawa dia tidak mengetahui tentang Khalid memberi gambaran akan meletakkan jawatan itu. 

Selain memegang jawatan sebagai ADUN Pelabuhan Klang, Khalid juga masih lagi merupakan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak walaupun telah dipecatoleh PKR sebelum ini.
"Tiada sebab untuk Tan Sri Khalid Ibrahim meletakkan jawatannya sebagai Adun Pelabuhan Klang. Diharapkan para pengundinya tidak mendengar khabar angin yang tidak berasas itu," kata Faekah menerusi mesej teks kepada The Star Online.
Beliau mengulas mengenai laporan bahawa Khalid akan mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekembalinya dari luar negara.

Khalid dipecat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 9 Ogos lalu kerana enggan mengundurkan diri sebagai menteri besar bagi memberi laluan kepada Presiden parti dan Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk memegang jawatan itu.

Khalid pada 22 September lalu berkata, beliau akan meneruskan jawatannya sebagai anggota Parlimen tetapi status Adunnya akan diputuskan selepas sidang DUN pada November depan.

PS: Huh! Tak mengamuk pulak Si MB Selangor yang baru tu bila dia tau yang Si Khalid Ibrahim tu tak jadi merajuk? 

Atau, adakah dia akan gunakan kesempatan itu untuk memalukan Khalid dalam sidang DUN yang akan datang? Sama - sama kita nantikan wayang terkini diantara mereka berdua!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping