Selasa, Oktober 14, 2014

Hanya semata - mata nak tutup kemaluan sendiri, mula la Si Phahrolrazi tu menggelupor tak tentu arah sehingga dia sanggup memalukan diri sendiri depan orang ramai.

Disebabkan arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Syura Ulama PAS yang mengharamkan Pertubuhan PASMA (sebut PASMa-Cai) semalam, maka dia tampil dengan kenyataan yang memalukan.

Kata Si Phahrolrazi tu dalam satu kenyataan media semalam, arahan dari Majlis Syura Ulama PAS tu tak boleh dipakai kerana mereka tidak mempunyai kuasa Autoriti dalam parti.
Keputusan Majlis Syura Ulama tidak boleh diterima pakai kerana sebarang arahan hanya boleh diberikan oleh Jawatankuasa Pas Pusat. Mereka hanya berperanan untuk memberi pandangan supaya Pas tidak lari dari perjuangan asal.
"Tidak wujud isu jemaah dalam jemaah dan parti dalam parti seperti yang didakwa sesetengah pihak,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Ianya sekali gus menafikan kuasa yang ditetapkan dalam perlembagaan PAS bahawa Majlis Syura Ulama itu mempunyai kuasa yang mengatasi kedudukan Jawatankuasa PAS Pusat.

Kuasa yang diperuntukan kepada Majlis Syura
Umum mengetahui bahawa Majlis Syura Ulama PAS selama hari ini yang menentukan dasar, perlembagaan, keputusan serta perjalanan parti sejak parti itu mula - mula ditubuhkan dulu.

Jadi, kenapa baru hari ini Si Phahrolrazi tu nak pertikaikan keputusan dan arahan yang dibuat oleh Majlis Syura tu? Kenapa baru hari ini dia tak mengiktiraf arahan yang dikeluarkan?

Jika Majlis Syura Ulama PAS tu tidak ada hak untuk menentukan keputusan dan membuat ketetapan mengenai sesuatu isu, untuk apa ianya diwujudkan? Baik dibubarkan saja Majlis Syura tu.

Ternyata, apa yang pasti semua tindakan memperlekehkan kedudukan Majlis Syura Ulama itu hanya sekadar satu serangan terbuka yang dibuat oleh pemimpin PAS sendiri terhadap parti.

Persoalannya, adakah orang macam Si Phahrolrazi tu masih nak disimpan oleh PAS sedangkan dia secara terang - terangan dah menjadi 'Duri Dalam Daging' kepada parti? Kalau orang macam tu disimpan lama - lama, memang jahanam la PAS jawabnya!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping