Jika selama ini, Si Ketua Penipu dan konco - konco dia sibuk buat tuduhan kononnya dirinya telah dianiayai oleh pihak Kerajaan. Maka sebab itulah dia disabitkan dengan tuduhan meliwat.
Kata Si Ketua Penipu tu, tindakan zalim yang dilakukan oleh pihak Kerajaan itu adalah suatu tindakan yang memalukan dan mencemar sistem kehakiman Negara.
Itulah perkara yang sering diulang - ulang dalam setiap ceramah dan ucapan serta wawancara yang diadakan dengan pihak media sama ada didalam mahu pun diluar Negara.
Malah dalam dakwaan terkini yang dibuat oleh Si Ketua Penipu tu, dia mendakwa KONONnya ada pemimpin - pemimpin Negara luar turut memberikan sokongan terhadap dia.
Katanya, mereka sampai tahap menangis dan menepuk - nepuk meja tidak membenarkan Si Ketua Penipu tu pulang ke Malaysia kerana dikhuatiri akan terus dianiayai oleh pihak Kerajaan.
Nah! Sekarang kita nak tanya pulak. Siapa yang aniayai Presiden PAS? Siapa yang failkan saman fitnah terhadap Si Hadi Awang tu? Kerajaan ke yang buat kerja yang sama?
Adakah pihak Kerajaan yang menuduh Hadi Awang tu menabur fitnah terhadap Bekas Calon PKR dalam Pilihan Raya Umum yang lalu? Adakah itu juga konspirasi Kerajaan?
Kenapa dalam isu berkaitan dengan kes saman fitnah yang difailkan oleh Ahli PKR itu tidak diambil berat lansung oleh Si Ketua Penipu tu? Kenapa dia hanya membiarkan isu tersebut begitu sahaja?
Malah ada juga pihak yang mendakwa kononnya tindakan ahli PKR memfailkan saman sebanyak RM 2juta terhadap Hadi Awang tu adalah merupakan perancangan licik Si Ketua Penipu tu sendiri.
Katanya, kes tersebut dirancang semata - mata untuk memalukan Si Hadi Awang, menolak kredibiliti Presiden PAS, serta menolak persona Ulama yang dimilikinya.
Persoalannya sekarang, siapa yang buat kerja tu semua? Siapa yang menganiayai Si Hadi Awang tu kalau bukan dari kalangan puak - puak PKR sendiri tu yang melakukannya?
Dan hari ini, kemana hilangnya pemimpin - pemimpin PKR? Kenapa diorang tak sama - sama menyokong Si Hadi Awang tu di Mahkamah Kuala Terengganu? Kalau setakat bercakap je, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.