Sabtu, November 01, 2014

Buat sekian kalinya, Si Azmin tu terus memalukan Si Ketua Penipu tu serta konco - konconya selepas dia dapat pegang kuasa di Selangor. Satu persatu kemaluan Si Ketua penipu tu didedahkan.

Jika sebelum ini, salah satu alasan yang diberikan oleh PKR terhadap Khalid Ibrahim yang telah dipecat keahliannya ialah mengenai soal keputusan yang dibuat sewaktu memerintah.

Kata mereka, Khalid telah membelakangkan keputusan dan ketetapan yang dibuat oleh parti serta meminggirkan suara rakyat berkaitan dengan beberapa isu yang dibangkitkan.

Kedegilan dan keras kepala Si Khalid Ibrahim dalam isu seperti perjanjian air mentah dengan Kerajaan Pusat serta pembinaan Lebuhraya KIDEX menjadi punca kepada agenda 'Langkah Kajang'.

Dan dengan menggunakan isu yang sama, perjanjian air dan pembinaan Lebuhraya KIDEX itu turut menyebabkan Si Khalid Ibrahim digugurkan dari jawatan Menteri Besar Selangor.

Sebaliknya, mereka menaikkan Si Azmin selepas usaha untuk mencalonkan Si Wan Azizah menemui keGAGALan dan ditolak oleh pihak Istana bagi menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar.

Nah! Sekarang, bila Si Azmin tu dapat pegang kuasa, adakah dia menuruti segalakeputusan dan ketetapan yang telah dibuat oleh PKR sebelum ini? Adakah dia memenuhi kehendak parti?

Kalau dilihat, sejak Si Azmin tu mula menjejak kaki ke pejabat Menteri Besar Selangor, tidak ada satu pun perubahan yang dia buat. Perjanjian air dengan Kerajaan Pusat tetap dikekalkan.

Malah, pembinaan Lebuhraya KIDEX juga tetap diteruskan biarpun Si Azmin tu kata ianya perlu bergantung kepada beberapa syarat yang ditetapkan. Jadi, apa alasan PKR memecat Si Khalid Ibrahim tu sebenarnya?

Adakah isu berkaitan dengan perjanjian air serta pembinaan Lebuhraya KIDEX itu hanya dijadikan alasan untuk menyembunyikan agenda sebenar mereka yang mahu memecat Khalid Ibrahim?

Atau adakah Si Khalid Ibrahim tu hanya dijadikan 'Kambing Hitam' untuk mereka merencana agenda yang jauh lebih jahat dari sekadar menggantikan seorang Menteri Besar?

Itu semua persoalan yang perlu dijelaskan oleh PKR kepada rakyat. Terutama sekali Si Rafizi Ramli tu kerana dia yang merencanakan agenda Langkah Kajang tu. Jangan pulak dia pun bagi alasan yang bukan - bukan semata - mata nak selamatkan kemaluan dia sendiri!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping