Ahad, November 09, 2014

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan dalam kenyataannya berkata, tindakan Guan Eng yang mempersoalkan kehadiran Abdul Hadi pada setiap mesyuarat PR juga sesuatu yang mengecewakan.

Menurutnya, Abdul Hadi bukanlah seperti yang didakwa kerana beliau seorang yang sangat tepati masa dan bertanggungjawab dengan amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya.
“Ketidakhadiran beliau ke mana-mana mesyuarat adalah sama ada beliau berkeuzuran, bertembung jadual dengan majlis penting atau lain keadaan yang tidak mengizinkan.
“Mereka yang mengenali peribadi Abdul Hadi secara dekat pasti tidak akan menafikan kenyataan saya ini. Tetapi saya lihat kenyataan Guan Eng berunsur dendam kesumat yang tidak kesampaian,” katanya.
"Mengapa Guan Eng bertindak begitu sejak kebelakangan ini? (Tindakannya) seolah-olah mahu memanaskan suhu politik sebagai tekanan kepada Pas dan percubaan mengeluarkan parti itu daripada PR.
“Apakah Pas dianggap sebagai liabiliti kepada mereka untuk mereka menang dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak kelak?” soalnya.
Nasrudin, yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata, cara Guan Eng mengasak dengan terancang itu dan seperti mengambil peranan Umno serta BN untuk terus memberi tekanan kepada Pas.
“Saya tidak tahu selama mana Pas boleh bersabar. Kerana, sedang kami mahu meredakan keadaan masalah dalaman PR, beliau timbulkan kembali isu yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.

“Kononnya mahu menempelak Abdul Hadi dengan isu kehadiran mesyuarat, sedangkan kehadiran beliau (Guan Eng) ke mesyuarat itu juga sangat buruk. Kata budak-budak sekarang, kenyataan Guan Eng itu macam 'poyo' sahaja," katanya.
Kesimpulannya, Si Guan Eng tu memang sengaja nak tunjuk yang dia merupakan 'Abang Besar' dalam Pakatan supaya dapat membuat PAS terus tunduk kepada dia selepas Si Ketua Penipu tu dihumban ke dalam penjara kelak. 

Disebalik keSOMBONGan, keANGKUHan dan sifat BONGKAK Si Guan Eng tu, hakikatnya dia hanya takut pada bayang - bayang dia sendiri!!! Dia takut kehilangan sokongan dari kalangan orang Melayu. Tu pasal la dia nak tunjuk Kepala Besar dia!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. DAP Sarawak dah berkali2 menghentam PAS...sekarang giliran DAP Pusat pulak. Memang betul, ini adalah rancangan kotor DAP untuk memenangi lebih banyak kerusi di Sarawak.

    Permainan kotor pr untuk menipu rakyat.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping