"Apa yang Ahli Parlimen buat dikawasan Tasik Chini tu? Kenapa dia tak turun padang dan buat tindakan yang sewajarnya?" Itu diantara luahan rakyat diperingkat bawahan.
Luahan tersebut dinyatakan selepas laporan khas yang dikeluarkan sebuah akhbar tempatan semalam berkaitan dengan isu di Tasik Chini yang dilaporkan kini semakin terancam.
Rata - rata pihak memberikan pandangan masing - masing dan beranggapan bahawa pendedahan tersebut sebagai satu tindakan yang cukup baik dilakukan oleh pihak media.
Setidak - tidaknya, dengan ada pendedahan tersebut, rakyat dapat melihat sejauh mana wakil rakyat yang telah mereka pilih menjalankan tugas dan tanggungjawab menjaga kawasan sendiri.
Diantara persoalan yang dibangkitkan oleh mereka, kenapa Ahli Parlimen kawasan tersebut hanya mendiamkan diri, membutakan mata dan memekakkan telinga terhadap isu itu sebelum ini?
"Sebagai wakil rakyat, seorang Ahli Parlimen perlu tahu apa yang berlaku. Dia sepatutnya sedar dengan kawasan dia sendiri. Takkan itu pun dia tak nampak?".
Malah ada juga yang menganggap pendedahan akhbar tersebut satu gerakan untuk menyerang Presiden - Presiden Komponen Barisan Nasional selepas isu di Cameron Highland.
Bagi sesiapa yang berkenaan, sila la ambik perhatian. Kalau rasa Ahli Parlimen tu tak mampu nak mewakili kawasan Parlimen tu sendiri, maka suruh je dia letak jawatan. Cuma persoalannya, siapa Ahli Parlimen kawasan Tasik Chini? Korang sendiri fikir la!!!
PS: Kalau sebelum ni Banjir di Kajang, orang salahkan ADUN Kajang tak turun padang... - seterusnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.